Tuesday 15 October 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Kekadang dalam hati ni berkata kenapa Allah ambil MIL awal sangat.  Tak sempat menantu mu ini mencurahkan kepakaran kasih sayang lebih lama.  Rasa ralat, terkilan dan kehilangan.

Sebenarnya ada hikmah disetiap kejadian.

Disebabkan tiada MIL, setiap kali raya, maka malam dan di pagi raya AbangSayang akan menumpang kasih dengan MIL dan FIL.  Mak dan bapak kita lahhh.

Semenjak dari takde anak, sampailah dah beranak pinak, walau macamana keadaan sekali pun malam raya kita mesti ada kat rumah mak kita.  Kalau dulu masa MIL ada, kita akan masak2 raya pada waktu petang kat rumah dia, so buka tu dah makan lauk raya. Dah habis buka kita bergegas pulak ke rumah mak kita, sebab nak tolong dia masak2.

Dannnn ada hikmahnya juga kita ni dapat pasangan orang setaman ngan kita.  Lain2 lorong aje.  Sorang dok dekat jalan masuk taman, sorang dok kat jalan penghujung taman.  Jalan kaki 20 minit je.

Yee seperti biasa malam raya Aidil Adha kita berada di rumah mak kita.  Membantu beliau di dapur.  Kembo kita jam 3 dah pi rumah tunang dia. Adik debadik yang lain ngan keluarga masing2. Tinggallah mak kita.  Kita pikir kalaulah kita tak ada sapalah yang nak tolong beliau di dapur.  Almaklumlah masak raya ni biasanya dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun AbangSayang tu kadang2 kita rasa nak gigit2 je telinga dia, tapi dalam sisi yang lain beliau suami dan bapa yang baik dia sangat memahami bila emak kita memerlukan kita.  Kalau ikut keadaan kita ni boleh memasak2 kat rumah kita memandangkan anak2 dah besar, tapi suami kita sangat memahami.  Katanya tak apalah, masak je kat rumah mak, kesian mak takde yang bantu.

So kami suami isteri sepakat membawa berkat cuti pada hari Isnin.  Cadang nak ke KipMart Tampoi.  Sebab belum sarapan, maka singgah kedai dulu.  Semangkuk soto kongsi 3 orang, nasi campur lauk ikan, sayur n sambal belacan, air teh tarik n air milo kosong total adalah RM18.  Mak aiii bleh kaya cepatlah kalau bukak restoran.

Pergi KipMart Tampoi bukan nak membeli belah lauk raya, tapi nak ambil t-shirt Danial , menggelitis sangat nak bubuh sulam nama kat belakang baju.  Masa pergi KipMart hari Ahad, tokeh kedai soh datang ambil hari Isnin t.hari.  Kita orang sampai jam 11.30 t.shirt tak siap lagi, bukan stakat tak siap, tak cuit lansung.  Makanya terpaksalah menunggu 2 jam.

Merasalah merayap2 dalam KipMart tu dua hari berturut2.  Ahad da beli 2 helai tudung, takkan hari Isnin nak beli lagi... sambil2 tunggu tu pusing2 belila t.shirt basahan si Zahra n Kristal.  Cepat benar badanmu besar Zahra.  Bleh slow sket tak? heheheeh.  Dok minum2 dulu.  Sepanjang menjadi anak jati Johor, rasanya ini adalah kali ke 3 kita menjejak kaki ke KipMart.  Kali pertama just pergi pasar dia je.  Hahahaha teruk kannn.  Nampak benau kita ni terperap je kat rumah, pegi keje balik keje.

Patah balik semula ke kedai tu, staf kedai tu masih lagi menyulam, tapi tinggal sket je.  Bukan banyak helai pun tempahnya, 2 helai je.  Haa merasalah pekerja tu kene sound ngan AbangSayang. Ada ke patut dia suruh amek pada hari Selasa.  Ehhh bukan selasa tu hari raya ke?  Tak kira nak jugak amek hari ini.  Besok dah ada program.

Selesai urusan terus gi umah mak.  Solat dulu then terus berkuntau kat dapur.  Pekerjaan dimulakan dengan menganyam daun ketupat.  Lauk2 nak masak mak kita dah beli awal pagi.  Kita main hulur duit je :p  Bukan apa, kang kalau kita beli takut tak berkenan kat hati dia, tak pasal dapat ceramah percuma.

Buat kelonsong ketupat tak banyak, dalam 30 biji je.  Sarung je ketupat, dalam adalah pulut heheheheh.  Raya Haji ni main ketupat segera je kaedahnye.  Settle je buat lepat diteruskan dengan aktiviti memasak.  Menu adalah, rendang daging, kari ayam, sambal goreng, serunding dan sambal kacang.  Macam robot kat dapur berdua ngan mak, berhenti cuma untuk solat je.  Alhamdulillah seawal jam 9 malam segalanya sudah siap.  Lega.... kerahkan anak2 kemas bahagian depan n dapur.  Bolehlah tenaga dorang tu untuk sapu2 sampah, basuh2 pinggan.  Walaupun kecil tapi bantuan anak2 sangatlaaa meringankan kerja.  Tapi sabo jelah... sebab dorang buat kerja sambl bergadoh.  Berebut penyapulaaa berebut nak basuh pinggan laaa.

Hampir jam 10 malam kita pun balik le ke rumah.  Gosok2 baju lebih kurang jam 1.30 pagi kita pun dah tergolek tak menyadar.  Sedar2 dah jam 5 pagi.

Terima kasihlaaa suami kita sangat2 memahami.

Layan gambo plak ye...

Rajang2 kacang panjang untuk sambal goreng.  Requested by daddy
Jgn terpedaya, rupe je ketupat, dalam adalah lepat


Dari Kiri : Mak Ain, Ibby, Tasnim, Illy, Zahra, Hazim dan di depan adalah Kristal

Jangan ditanya tentang pesen pada Ibtisam.  Ini pesen Leftenan Adnan







No comments:

Post a Comment