Monday 18 November 2013

Hilang di Villa Nabila

Smalam pagi2 datang opis sambil cek email, sambil menyambil on fb.  Terbaca kat Wujud Paranormal berkaitan kes 30 orang masuk Villa Nabila, tapi 7 je yang selamat, selebihnya 23 lagi hilang atau dalam erti kata ghaib di so called Villa Nabila.

Okeh nak bagi tahu dulu, villa tepi jalan mengadap ke laut tu BUKAN Villa Nabila.  Villa tu namanya Christine Villa.  Villa Nabila letaknya kat bahagian belakang.  Kat kawasan sebesar 4 padang bola sepak ada 3 bungalow so salah satunya dipercaya Villa Nabila.

Tapi kita tak salahkan orang luar dari JB ni memanggil Christine Villa tu sebagai Villa Nabila sebab theyolz tak tau.  Hatta  anak2 muda JB ni pun tak tau yang itu Christine Villa sebab zaman dorang membesar villa tu dah terbiar sepi.

Christine Villa ni dulu cantekkkk.  Tiap kali lalu tepi laut memang rumah2 tepi laut tu menjadi tumpuan kami adik beradik.  Siap pasang angan2 napalahhhh rumah tu bukan rumah kita.  Selain Christine Villa yang menjadi idaman kita, ada satu lagi bungalow yang dinding rumahnya di corak seperti sisik ikan.

Christine Villa berhantu?? ekceli sepanjang tepi laut memang banyak juga bungalow2 yang terbiar kosong tak berpenghuni, and ada several yang agak keras.  Cuma Christine Villa ni je yang tak berjaga yang lain sumer masih cantik lagi.

Smalam sumer orang yang nak ke JB mendapat hadiah jem dari M Suite menghala ke bandar.   Macam ada pesta kat situ.  Kita rasa kalau kita jual air cedok2 atau eskerim mesti laku gilaaaaa. Heheheheeh.

Masa awalnya kesian ngan mak budak tu, cemanalah rasa hati seorang ibu berdebar2 menanti berita anaknya, macam2 ikhtiar dibuat.  Tak kurang juga ngan orang yang bijak pandai siap azan dalam kawasan rumah tu.  Tapi hujung2 budak tu ditemui di Flat Desa Mutiara bersama dengan makwenye.  Apa yang dia buat wallahualam.  Err kediaman tu milik siapa ye???

Ish ish ish... hampeh betul.  Hai dek, napalah ko buat perangat cam tu ye... syukur banyak mak awak tak lumur awak ngan garam bila jumpa.  Ish ish ish... bukan satu Johor, malah satu Malaysia gempar tau dengan kehilangan awak.

Hish.. macam2 spekulasi berlaku sebelum cerita benar tersingkap.  Sapa nak bayar OT anggota polis yang terlibat?  Speechless ngan kelakuan budak tu.  Sian mak dia, sebelum tu siap cakap anak dia seorang yang baik... Err merayau tak balik rumah sampai jam 3 pagi tu... Ye lahhh mak mana yang nak cakap anak dia jahat kan.

Semoga adik tu diberi hidayah selepas kejadian ini.  Jangan nakal2 lagi ye dek.  Oh ye... kalau nak baca cerita pasal hilang di villa nabila silalah ke blog mazidul 

Christine Villa sewaktu masih cantek lagi.  

Nowadays

Entrance

Sunday 17 November 2013

Cuti skolah tapi bukan cuti buku

Cuti skolah dah bermula... Sorrylah ye anak2, mak ngan ayah takde cuti lagi dah, kebanyakkan cuti dah guna untuk program2 sekolah dan  masa korang tak sihat.  Anak 4 orang, sekejap yang ni tak sihat, nanti yang tu pulak tak sihat.  Ayah kata kalau kita nak jalan tunggu cuti sekolah bulan Mac 2014 okeh.  In shaa Allah, kalau time tu ayah setuju nak gi umrah kita postpone ke depan skeet je ye holiday.

Tahun depan Abang Danial naik darjah 6.  The last batch yang akan menduduki UPSR.  Bulan Februari 2014 ni ada exam besar lagi untuk menentukan kelas mana yang budak2 darjah  6 akan duduk.  Mak dah belikan buku latihan untuk 5 mata pelajaran teras.  Mak nak abang usaha lebih keras lagi.  Terus terang mak agak kecewa dengan keputusan abang pada exam akhir tahun 2013.  Nasib tak turun kelas.  Abang tipu mak ye, abang cakap abang study kat rumah atok time mak kerja, kalau study napa result cam tu?

So, untuk cuti skolah ni mak dah lantik sorang cikgu personal untuk memperkukuhkan maths n bi abang.  3 subjek teras yang lain mak rasa mampu untuk guide.  Mak nak abang bersedia untuk exam pada bulan Februari 2014 ni.  Please jangan kecewakan mak n ayah.

Kakak Kristal w/pun keputusan periksa tidak cemerlang tapi resultnya masih lagi dikatakan baik.  Mak pun nak kakak study lebih jugak.  Sama-sama tuisyen ngan abang.  Mak nak kakak standby ngan mata pelajaran untuk darjah 4. 

Usaha perlu disertakan dengan doa, solat jangan lupa ye.

Men'jusco' lepas beli buku.  Tak sabo tunggu Ibtisam jalan yang banyak melencong Abang Danial terus pikul adik dia.  Heheheheh

Saturday 16 November 2013

At Menara Pelangi

Ibtisam skang ni asik2 soh mak dia pegi cek mata (due to lassik mata kita tu).  Kalau dia bosan je mesti dia suh kita cek mata.

Hamboiii prihatinlah konon kan... padehal apa kaitan awak yang budak kecik ngan mak awak punye schedule rawatan susulan mata kan?  Yang masuk dalam tu untuk rawatan adalah mak awak, bukannya awak.  Ibtisam tu ada sebab kenapa dia suka kalau mak dia buat rawatan susulan.  Ellehhhh awak ingat mak tak tau eh????

Awal Muharam jatuh hari Selasa, secara tak lansung kita n suami pun mencutikan diri hari Isnin 4 November.  Merasalah cuti lama sket kan, sabtu, ahad, isnin, selasa.  So dari dok rumah takde buat pape   terus keluar idea bernas ajak en. abangsayang untuk hantar pegi rawatan susulan mata kat Menara Pelangi.  Kalau ikut kita set up appointment hari 9hb, tapi rasanya 9hb tu nak ke Batu Pahat lagi so kita awalkan appointment.  Call Laser Focus dia cakap boleh je walk in terus. Bukan tak bleh pegi sendiri, tapi kita ni heheheh agak failllllll jalan2 kat Johor Bahru, walaupun kita adalah orygin Johorean.

Ahamdulillah mutu penglihatan jauh lebih baik dari yang sebelum2 ni.  Kalau masa baru2 lasik tu tengok komputer pun cam agak2 kabur, sampai font dia sumer kita besarkan.  Ni dah tak yah nak besarkan, dah normal.  Luka pada mata pun dah ok, mata pun dah tak kering cam masa mula2 lasik.  Alhamdulillah.  Last appointment adalah pada Januari 2014.

Rawatan susulan tu takde lama mana pun, tak sampai 10 minit.  Biasanya habis rawatan tu we olz akan terus singgah ke Menara Pelangi.  Haaaaaaaaa yang ni lah si Ibtisam sukaaaaaaa.

Gambar sebagai bukti heheheheheheh

Giyomi yang tak menjadi heheheh

Dah puas terlentang, terlungkup pulak

Kristal ngan Zahra dah macam si Zahra yang kakak.  Berat pun si Zahra over 3kg dari Kristal. 

Ib mengusung bola naik atas.

Island Tree. Napalah takde mende cam ni untuk orang dewasa.

Danial sebelum ni pun naik gak mendealahni, tapi naik samai putus.  Terus kita orang tak bagi dia masuk sini lagi. Takut weh mak bapak kene ganti. 

Sian buai tu... hehehehe

Dah rupa apa si Kristal

Hamboii tak habis lagi time main kat Kids Gym dia lari plak ke luar nak naik mendealah ni.  Padehal bukan takde kat rumah, nakkkk jugak naik.

Amboi laju je Zahra.  Helmet mana??

Haaa sebab Danial kita tak bagi dia masuk Kids Gym, kita bagi le dia join art class kat sebelah Kids Gym

Cikgunya yang baju hitam tu, yang baju belang tu helper dia.

comeiii kan.. dari batu yang tak beharga di transform jadi paper weight yang super cute.

Haaa ni lagi.  Kalau nak decorate batu yang saiz besar tu harga dia rm8

napalah kita tak dikurniakan kepandaian melukis sebegini..

jeles tul tengok hasil student2 kat situ

dari batu yang tak bernail terus jadi paperweigh yang sangat chumelz

Friday 15 November 2013

Singgah sebentar ke Pontian

Otw ke Batu Pahat ramai sungguh yang menjual buah derian.  Ada sekilo RM10, ada yang RM5, ada yang RM4.  Kami suami isteri dok borak2 pasal buah, dari bab buah derian, sampailah bab buat rembutan.

"Nak singgah Pontian tak balik nanti?" 

"boleh ajee, orang tak kesah" 

Bang, kalau awak nak heret saya ke mana pun saya sudi bang.  Abang ni bertanya macam nak mintak izin saya pulak, kalau saya kata tak boleh?? haaa camne?? heheehheeh.  Saya isteri, awak heret je lah saya kemana... saya setuju asal bukan ke lautan api udahle... macam comel je.. macam comel je kenyataan kita ni.. haahhaah

Suami kita ajak balik kampung bila dah settle game.  Dah lama gak tak balik kampung.  Raya Haji lepas pun tak balik kampung jugak.  Suami kita ni dah jadi yatim piatu.  Yang ada dok kat tanah kebun tu skang ni Kak Cik, kakak suami yang no. 4.  Semenjak dia dok situ, dah cantek kawasan rumah, kebun pun terjaga, kak cik suami isteri pun rajin menanam pokok yang boleh membuahkan hasil.

Kak Cik anak dia 3 orang, semua gegirl.  Kita salute kak cik, sebab dia bukan dari keluarga yang senang, kita ingat sangat masa anak2 dia kekecik, dia susah sangat.   Tapi kak cik berjaya mendidik anak2 dia dengan syabbassnye.  Yang sulung skang ni 23, tengah buat PhD kat UTM, yang second tengah amek Ijazah kat UKM, yang bongsu tahun depan SPM kat sekolah SIGS.

Skang ni alhamdulillah kak cik dah senang sket berkat berbudi pada tanah, dan berniaga secara kecil2an.

Lepak pontian tak lama, sampai lebih kurang jam 5 petang, dalam jam 6 lebih we olz dah gerak balik ke Johor.

aisehmennn lupa nak amek gambo cucur ikan bilis sama ketang goreng yang kak cik buat, sangat sodap.



Assalamualaikum... saya datang nak rayaaa... ehhhh


Percubaan si bapak buat tabung buluh.  Lengkali bapak kene buat 4, anak ada 4 orang kan? tak pasal berebut

Rumah yang dah cantik berseri


Thursday 14 November 2013

Batu pahat lagi dan lagi dan lagi dan lagi

Asal hari sabtu je batu pahat, asal batu pahat je mesti hari sabtu.

Bapak kita cakap kalau gi batu pahat tu tidolah kat hotel, tak penat pulang balik kalau ada game dua hari.  Disebabkan dah selalu sangat ke Batu Pahat, kita  rasa jarak dia cam gi kedai balik kedai je.

9 November 2013 repeat lagi ke Batu Pahat.  Danial n HMFC ada game.  Jangan tanya ehhhh mana lawan mana.  Yang pasti banyak group.

Cam biasa bila park keta je terus dah kita tak nampak bayang suami kita.   Pepandailah kita orang 4 beranak nak hidup cemana heheeeh.

Mengambil langkah yang bijak, awal2 kita dah pesan suami kita belikan kuaci.  Kuaci adalah bende paling hebat bila nak lepaskan bosan.  Sangat sesuai ngan kita yang suka ngunyah.  Serius best woo makan kuaci.

Agak ramai jugak parents pada hari berkenaan.  Kita lepak kat pergola yang memang dah tersergam indah kat tepi padang.  Sekonyong2 ada pulak makcik nak numpang dok skali.  Makcik ni dah kira tahap cam nenek2 laaa.  Tapi gila kentang nenek ni, follow cucu dia main bola.  Tiba2 makcik tu tanya kat kita..

"Dah berapa goal?"

"errrr... entah ye.  Saya ni dok tepi padang bola, anak saya main bola, tapi saya tak amek tau lansung apa yang berlaku kat tengah padang tu"

hahahaahhahahaha boleh gitu jawab ngan orang tua?  memang sungguh kita tak amek tau lansung, team apa yang tengah lawan, dah berapa goal.. sumer kita tak amek kesah.  Kita amek kesah ngan kuaci yang suami kita belikan je.  Kuaci ni takde perasaan lansung... tak sedap.  Tak de rasa lansung.. tawar..  Kuaci ni cap kuaci "ANEKA PILIHAN".  Serius jangan beli weh.  

Adalah dalam 4 jam kita dok tersadai tepi padang tu.  Sot kabo berita hairan tu rasanya ruangan apa je yang tak dibaca.  

Kali ini ke batu pahat takde berlaku kes sentap2 lagi dahhh.  Sebabnya kita bawa baki sarapan kat rumah.  Sebungkus nasi lemak n 2 keping roti canai.  Sebungkus nasi lemak tu kita suap Ibtisam, Zahra n Kristal.  roti canai tu pun kita suap Ibtisam sekeping.  Sekeping lagi telah berjaya kita hadamkan dalam perut.  AbangSayang makan apa?? hehheheh pandai2lah dia... lalalalalala

Mak bapak yang lain siap bentang tikar dok kat bawah khemah

mak danial dok layan kuaci kat pergola hehehheheh

pandai2lah korang bertiga bawak diri ye... 

beli air yang keee berapa kali dah.  2 balang air masak aku bawak sampai dah habis

cepat sket jalan zahra... asik awak je yang last

doraemon dah sampai 

Zahra dedademok n Kristal dedangongak

main tablet dah bosan, kejar2 dah bosan, manjat dah bosan at last selak buku





Sunday 3 November 2013

Tak dirancang pun

I love weekend weeeeee....

Hehehehehe walaupun malam tadi hampir jam 3 pagi baru nak tido, disebabkan anakanda ibtisam yang.. huh.. apa lagi.. yang suka macam2 di malam buta.  Ibtisam kamu ini sungguh mencabar ye bila matahari sudah tenggelam.  Tapi disebabkan weekend harus jugalah bangun pepagi cam kebiasaan.

Breakfast pagi kita buat mee goreng, nugget goreng and air neslo.  Nyumiiesss. Sedang enak bersarapan tetiba je Zahra bagi cadangan "jom mandi kolam besar!" 

Kita pandang muka bapaknye.. kita tengok jam 8.30 pagi ehhh sempat sangat kalau nak pergi.  Maka masing2 cepat2 habiskan bfast sesiap seala kadarnya dan terus menuju ke Kolam MPJB Taman Ungku Tun Aminah.

Kekadangkan bila kita rancang-rancang nak ke sana nak ke sini, ada je penyebab tak menjadi. Bila unplanned cam ni... wahhh tetiba je dah sampai hehehhehe.

Mak bapak tak mandi, anak2 je mandi sampai rentung.  Dari rumah ingat nak bawak sunblock, tapi dah banyak sangat mende nak diingatkan terlupa nak capai sunblock.

Kolam MPJBT ni rupe2nye baru buka semula semalam.  3 bulan tutup.  Kita plak memang dari sebelum bulan pose tak menjengah ke sana so tak tau pun yang dorang tutup.  Tapi nasib baik tak pergi last week.  Datang balik dah cantik dah... bangunan dorang dah cat jadi colorful.  Nampakla ceria sket.  Gambar memang tak amek hatta sekeping pun, sebabnya dah selalu sangat ke sana dah tak terhawa nak ngambek gambo.

Dah rentung dah kecut memasing balik le kerumah.  Kelentang kelentung kat dapur prepare lunch, ikan bakar, sup kentang + telur, tahu n tempe goreng + sambal kicap.  Superb! Kenyang! Alhamdulillah.

Ehhh roh rajin tak habis kat situ je... petang kita buat kuih chara plak.  Kristal memang hantu kuih chara.. ehhh sumer anak2 hantu kuih chara, kecuali sang bapak.  Sang bapak kurang gemar kuih yang bakar2 ni.. dia lebih kepada kuih yang goreng2.  Sambil buat kuih chara sambil tu masak lauk untuk dinner plak.  

Anak2 malam ni kita dinner lauk ayam kurma ye plus lauk siang tadi ada baki lagi sket.

Okeh kita nak tarik dua orang budak yang dok berkubang dalam tempayan bilik air plak.  


Thursday 31 October 2013

Ceri beri...

Alkisahnya ada seorang sahabat di pejabat ni bawa sup daging kurban.  Supnye pekat melekat pergghhh memang mantoppppp.

Kita suka makan soto/supnya yang nampak keruh2. Kalau yang jernih2 tu alahaiiii... cam ye tak ye je kita nak makan.  Kerek kan..

Kita ni siap bersidang bagai mintak resepi dan cara dia masak sup tu.  Stakat masak sup pun ko nak mintak resepi ke?  Bukan begitu anak2... sebenarnya teknik memasak tu akan memberi impak yang berlainan.   Serius tak tipu tauuu.

Tapi selepas lebih kurang 2 jam kita menjamu hidangan berkenaan, perut kita memulas dalam 10 minit sekali.  hehehehh cam nak beranak pulak! siap ada masa contraction.

Lepas dah sakit2 perut tu paham2 ajelah, jadilah pengunjung Mr.T yang setia.  Asal masuk je keluar.. asal masuk je keluar.  Tu nasib baik kuar ikut bawah je.  Kalau kuar ikut atas juga.. mahu melepek.

Dalam sakit perut tu sempat jugak ngajo anak2 ngaji lepas maghrib.  En Suami kesian tengok kita sakit perut dia bagi ubat sakit perut n ceri beri.  Tapi sakit perut ni memang kaw kaw punye.. ubat tu berjaya hilangkan sakit dalam satu jam je.. peh tu sakit balik.  Ish ish ish ish.. tak pernah2 dalam tidur kiter ter 'ek ek.  Ini betul2 serius punye ceri beri ni... hehehheh tak memasal mandi jam 3 pagi.

Inilah padahnya makan tak beringat.  Sakit juga penghapus dosa... Alhamdulillah.. 

adooi mak sakitnya... adoiii mak sakitnya.... 


masa makan tak ingat mak... dah sakit pandai pulak sebut mak ye... sup pekat memang mantopp hingga ke bilik ayo.. 

Wednesday 30 October 2013

Kek Batik mudah benauuuu

Kita ni ke bz annn... kita copy je resepi blog lama masuk sini..




Ekceli aku pun tak tau nak panggil apa kuih ni... kek atau biskut??


Pada sesiapa yang dah terjelir lidah tengok kuih/biskut ini... aku ada sertakan resepinya... aku baik tau.. tak lokek resepi....aku wakafkan resepi ini untuk kalian...
Bahan2:-
Biskut Merrie (yang putih bukan yang coklat) 600 gm
Butter 250 gm
Gula pasir 1 cawan
Koko 1/2 cawan + Air suam 1 cawan (campurkan)
Telur 4 biji
Cara2:-
Blend gula sama telur sampai kembang, then masukkan bancuhan koko. Panaskan periuk atau kuali. Panaskan butter sampai cair. Terus tuang barang2 yang telah diblend dan masukkan terus biskut merri go round... sambil tu ko pecah2kan lah sket... Ko jangan biarkan, mesti kacau kang hangus plak kuih ko... kacau sampai dia jadi cam pekat.
Selepas itu tuan puan bolehlah masukkan ke dalam tupperware atau loyang... penyek2kan... maka taraaaaaaa.. ehhh nanti.. simpan dalam peti ais dulu... jangan makan masa panas ye...
Okeh.. sudah siap.. boleh potong2 n selamat menjamu selera. So.. kek atau biskut??

Peribasa hari ini : Semanis2 gula berpasir juga, sepahit2 jadam menjadi ubat... Lu pikirlah sendiri... (hohohohohoho)

Tuesday 29 October 2013

Apam nasi yang mudah lagi memudahkan pfft!

 Resepi ni turun temurun dari arwah tok aku.  Tapi aku dah tak ikut sangat resepi dia.  Kalau ikut resepi dia, sebutir serbuk penaik pun takde.  Dia cuma pakai nasi ngan tepung je.  Tapi perapnye sampai satu malam.  Pastu pagi nanti dia asingkan satu mangkuk, yang dah diperap tu.. dia buat sebagai ibu untuk buat apam esoknya plak.  Tak payah korang nak ikut resepi atok aku yang susah tu... Meh role untuk resepi yang mudah punye.

Bahan: 
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
2 sudu teh instant yis (mauripan)
1 1/2 cawan gula
kelapa parut + sedikit garam

Cara:-
1. Blend nasi +air + gula
2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum + tepung beras + mauripan
3.  Campurkan perkara 1 dan 2.  Kemudian perapkan selama 3 jam
4.  Kalau isi bekas kecil2 kukus selama 15 - 20 minit.
5.  Kalau dalam bekas besar kukus selama 1 jam.
6. Kepala parut + garam dikukus selama 5 minit


Kalau ikut bebetul step by step tu.. In Shaa Allah gerenti menjadiklahhh!!! 

Suka hati nak bagi kaler apa ye... 

Ni kita guna acuan puteri ayu... guna acuan lain-lain pun bolehhh

Monday 28 October 2013

Jus Buahan Sunnah




Khasiat Jus Buahan Sunnah

Jus ini adalah campuran 10 tumbuhan hebat sunnah  seperti habatus sauda, goji, saffron, biji anggur, delima, zaiton, kurma, kismis, madu dan air zam-zam.

1. Mengandungi penawar bagi segala penyakit seperti yang tertera di dua buah hadis ini :
“Tetaplah kamu dengan Habatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati” ....(Hadis riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Padanya ada makananyang segar dan penawar bagi segala penyakit”
2. Mengandungi antioksidan yang sangat tinggi
3. Menguatkan sistem imun dan kekebalan badan
4. Meningkatkan daya ingatan dan membekalkan nutrien terbaik untuk fungsi minda
5. Meneutralkan racun dalam tubuh dan mencegah penyakit
6. Membaiki saluran pencernaan
7. Melancarkan susu ibu
8. Melegakan keletihan dan membekalkan tenaga
9. Mengawal selera makan, mengurangkan lemak dan mengawalberat badan
10. Menggalakkan tidur yang lena
11.Membantu mengurangkan sakit lutut, tulang dan sendi
12.Meningkatkan keinginan seksual
13.Membekalkan pelbagai vitamin
14.Agen anti-penuaan yang baik
15.Membantu mencegah penyakit hati, ginjal, jantung, paru-paru
16.Membantu mencegah kanser
17.Baik untuk sistem penghadaman

Bertahun2 sudah kini baru ku temui

Hamboii tajuk tak mau kalah ye dakkk.

Last month ada officemate bawa buah duku ke pejabat. Sambil makan sambil menyembang. Dedulu zaman-zaman sekolah bila musim duku je, mesti jadi musim perang kat skolah.

Kupas buah duku, isinya dimakan, kulitnya tidak dibuang.  Eishhh bukan nak buat bedak.. kulitnya kita orang buat peluru.  Pistolnya adalah pen kilometriko yang dah dibuang isi perutnya.  Pemicunya pulak adalah lidi atau pun batang dakwat pen  itu sendiri. Heheeheheheh takdelah sakit sangat kene bedil ngan peluru duku, stakat perit2 manje je..

Tiap kali kita makan buah duku, kita mesti akan teringat2 akan buah rambai.  Dulu masa arwah tok kita hidup, dia ada tanam pokok rambai kat kampung, Serom Panggung 3, Muar.  Kita sukaaa sangatnya, sebab kelongsong dia kita boleh jadikan cam belon.  Skang ni amat payah nak cari buah rambai yang orang jual.  Biasanya kita akan jumpa BEDAK RAMBAI... heehheh hampeh kan.

Skang ni kita dah 36 tahun, seingat kita last kita makan buah rambai adalah ketika berusia 10 tahun.  Haaa bayangkan dah 26 tahun kita tak merasa buah rambai... entah ingat lagi ke tidak rasanya ye..

Allah tu maha mendengar.  Agaknye dia kata hamba aku ni dah bertahun2 dok sebut2 buah rambai.    Haa masa singgah rumah mak pagi tadi, ada selonggok plastik merah tengah rumah.  Takdelah kita nak bukak tengok isinya, kita cuma berkata dalam hati.  Eh mendealah apa yang tertonggok tengah rumah ni.

Elok kita sedang bersiap2kan si Zahra nak pi skolah, skali mak kuar dari bilik. "Dalam plastik merah besar tu ada buah rambai, makanlah, si Emy yang bawak tu".. whooaaaaaaa rasa macam tak percayalahhhhhhhhh, setelah bertahun2 at last kita dapat juga jumpa buah rambai yang original.

Tapi belum sempat merasa lagi, sebab hari ini kita pose... lepas berbuka karang... tak nyabo ni..

hamboiii bergugus2... 

cutenye awakkkk.. 


Monday 21 October 2013

Sardin Role

Ni kita share dari blog lama kita, sudi2kanlah ye...





Sardin Role

Bahan-bahan:-
500 gram tepung gandum
1 bungkus mauripan + 1 cawan air suam (biarkan sehingga berbuih sedikit)
1,1/4cawan air
2 sudu susu tepung
2 sudu gula pasir
secubit serbuk penaik
4 sudu marjerin

Inti :-
Boleh letak sardin atau telur cincang  (sardin tu cam korang nak buat sandwich)


Cara:-
1. Kiraikan dua sudu marjerin ngan tepung gandum.  Campurkan dengan 2 sudu gula dan 2 sudu susu tepung dan secubit serbuk penaik.
2. Campurkan dengan air suam yang telah dicampurkan dengan mauripan.  Uli sehingga menjadi doh.  Kalau keras, campurkan air satu + suku cawan air sedikit demi sedikit.
3. Masukkan marjerin sesudu then uli lagi, then campurkan lagi sesudu marjerin.
4.   Uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan.  Jika doh melekat tambahkan marjerin sedikit dan sesudu tepung gandum5.  Biarkan adunan selama 30 minit. 
6. Lepas tu bolehlah jadikan golf sebelum digelek.
7.   Sila rujuk rajah untuk jadikan dia role.


Sunday 20 October 2013

Pesakit SLE dan Jus Buahan Sunnah

Okeh ni kita selitkan pengakuan daripada pesakit SLE yang telah mengamalkan meminum Jus Buahan Sunnah.  Sesungguhnya yang memberi kesembuhan itu adalah Allah SWT, tugas kita adalah untuk berikhtiar.


Boxbe  Norasyikin Shaharuddin (sheking_star@yahoo.com) is not on your Guest List | Approve sender | Approve domain 

Aslkm. Akak, nie email syikin. ok. syikin cuba terangkan kt akak. tp maybe akak boleh edit kut bb mungkin x brkaitan pun tp syikin bgtau je la kt akak. syikin sebenarnya pesakit sle (systemic lupus erythomatosus) sejak umur 9 tahun. so skrang kira dh nk msuk 13 tahun lps 1 thun dignose. so skrang tiap2 hari syikin kna makan ubat. sblum nie pun ad mkn supplement lain, tp ble dh lma syikin mcm dh imunne. bila dh 1-2 thun, nnti sakit dtg blk. sihat, lepas tu sakit blk. on-off. macam tu la keadaan syikin slma 13 tahun. tp yg trbru nie, sjk thun lps, syikin punya platlet smkin menrun. x prnh plak platlet kurang dri 150. doc pun risau. smpai la sblum syikin pg umrh bru nie, bln 6, platlet syikin tinggal 46 je. tp alhmdulillah, syikin x demam. just lemah2 bdn je & ad skit pndrahan. smpaikn doc x bg syikin pg umrah, risau mkin truk. alhmdulillah, kt sna just sakit biasa2 je. kira dh lma la gak sejak trpaksa brnhti dri blaja kolej, syikin x amik ap2 supplement cuma bru nie je la mkn habatus sauda tp mcm xde pape prubhn sbb platlet still menrun. selera pun mkin kurang. bdn mkin lmh. so lps blk umrh, syikin brazam tuk naikkan blk platlet. tp syikin xtau supplement ap yg sesuai & bleh bntu platlet syikin naik. so cari punya cari, abg syikin ckp cuba la produk sihat sunnah nie. dia kta kwn dia, syikin lupa nma dia. kanser stage 4, alhmdulillah, dh pulih skrang. dh jd agen sihat sunnah brjaya dh. so why not syikin try kn. tp nmpk mcm mhl kit. hehe.. xpe la. mak syikin kta cuba la dlu. lgpun sihat sunnah mmg bhn nya bhn untuk perubtn islam. syikin mmg nk yakinkn dri sihat mkn bhn2 sunnah nabi nie yg trbaik. so, dri situ la syikin contact ngan akak. so skrang dh kira nk msuk 1 bln syikin mkn sihat sunnah tu. aritu, mmg rsa dngan izin Allah. platlet syikin naik mndadak. dari 46 trus ke 174. dh blk normal. doc trkejut sangat. syikin cuba bgtau doc tp dia x nk prcya. doc cina, sush nk trang kn. so smpai la skrang syikin still mkn sihat sunnah. syikin pun x sure platlet syikin naik sbb mkn sihat sunnah ke atau doa di mekah trmkbul. hehe.. kuasa Allah. siapa tahu. buat msa nie syikin klau bleh x nk la miss mkn. nk bg sihat btul. srkang pun mkn 2 kli. nnti dh stable bru mkn 1 kli. nnti lps rya nie ad kna amik drh lg. so klau kta result platlet syikin trus naik, mknanya btul la, sihat sunnah membntu syikin pulih blk. alhmdulillah.. bru la syikin brani nk recommend kt org lain. kes syikin nie dh agk lma. nk trus pulih agk sukar. amik msa yg lma. mcm2 supplement syikin try dh. ad yg ok. ad yg biasa je. org recommend je syikin try. so skrang syikin cuba yakinkn diri ngan mkn sihat sunnah nie. hrp2 la ok. mungkin amik msa smpai 6-12 bln, tp xkish la. syikin mmg nk amlkn mkn mknn sunnah nabi. moga Allah prmudhkn, insyaAllah. :)

Jus Buahan Sunnah

Jus Buahan Sunnah dalam kotak

Jus Buahan Sunnah dalam botol

Khasiat Jus Buahan Sunnah

Jus ini adalah campuran 10 tumbuhan hebat sunnah  seperti habatus sauda, goji, saffron, biji anggur, delima, zaiton, kurma, kismis, madu dan air zam-zam.

1. Mengandungi penawar bagi segala penyakit seperti yang tertera di dua buah hadis ini :
“Tetaplah kamu dengan Habatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati” ....(Hadis riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Padanya ada makananyang segar dan penawar bagi segala penyakit”
2. Mengandungi antioksidan yang sangat tinggi
3. Menguatkan sistem imun dan kekebalan badan
4. Meningkatkan daya ingatan dan membekalkan nutrien terbaik untuk fungsi minda
5. Meneutralkan racun dalam tubuh dan mencegah penyakit
6. Membaiki saluran pencernaan
7. Melancarkan susu ibu
8. Melegakan keletihan dan membekalkan tenaga
9. Mengawal selera makan, mengurangkan lemak dan mengawalberat badan
10. Menggalakkan tidur yang lena
11.Membantu mengurangkan sakit lutut, tulang dan sendi
12.Meningkatkan keinginan seksual
13.Membekalkan pelbagai vitamin
14.Agen anti-penuaan yang baik
15.Membantu mencegah penyakit hati, ginjal, jantung, paru-paru
16.Membantu mencegah kanser
17.Baik untuk sistem penghadaman


untuk keterangan lanjut dan harga yang menarik sila hubungi saya

Pandang aje ye..

Hari Jumaat hari yang dinanti2kan sebabnya Sabtu tak kerja.  Sangat best tau bila kita ditempat kerja dan memikirkan wahhh esok tak bekerja... bestnye..bestnye..bestnye..

Ini kalilah mau tepek gambar makanan

Sup tulang kambing
Alhamdulillah rezeki raya haji, kawan suami kita bagi daging + tulang kambing. Rasanya tulang ada 9 ketul, daging ada 3 buku sebesar penumbuk.  Takdenya kita nak simpan2 nak carry forward untuk masak tulat atau tubing. Khamis malam Jumaat terus kita rebuskan.  Suami kita tak ada dia pegi Sri Gelam sebab si Danial ada latihan bola.  Bila dah siap terus kita mms gambo ni pada suami kita.  Tapi tak berusik pun sup ni.  Sebab suami kita balik dah malam sangat.  Kalau dah malam sangat dia memang takkan makan.  So esok pagi, kita bahagia dua, anto rumah mak separuh, and masuk peti ais separuh.


Mee goreng
 Ini adalah menu sarapan pada hari Sabtu.  Bukan tu aje.. ada lagi menu selingan.


Nasi impit goreng
 Kita rebus 10 ketul nasi impit untuk makan ngan sup tulang kambing.  Luak 5 ketul je, so ada baki 5 ketul, lantas sebagai ibu yang proaktif, maka kita telah transform dia menjadi nasi impit goreng.


Peria Goreng
 Haaa ini my feberet.  Kalau peria katak tu kita tak goreng, kita just basuh2, belah n buat ulam je. Tapi ni bukan peria katak, ni peria bapak katak sebab dia beso kan.  Goreng n terbalik2 je.  Masak separuh je batang je.


Kari ayam
 Kari ayam terkering sebab kita tinggalkan dapur sambil menyambil ngajo anak maths.  Walau kita dah kecilkan api still dia nak kering jugak.  Nasiblah tak masin.


Bubur kacang in the making
Haaaa heibaaat kan.. belum zohor lagi menu untuk makan petang dah siap.  Hahahaah.  Kita memang siapkan awal2 sebab kita nak rehat awal, petang kita nak golek2.  Kalau rasa nak bubur panas kita tinggal hangatkan je.

Kesemua makanan adalah hidangan hari sabtu kecuali sup tulang.  Lupa pulak nak tangkap gambar menu hari ahad, kacang buncis goreng sama asam pedas ikan merah.