Sunday 26 January 2014

Pembukaan 2014 yang sedih

Bersawang yang teramatlaa sangat.

Nak menulis tapi malas... ginilah jadinya.

Dah tak tahu mana nak mula heheheheh.

Tahun ni sumer anak bersekolah Ibtisam start ngan tadikanya.  Zahra ngan pra-sekolahnya.  Kristal dah darjah 4.  Si Danial dah darjah 6.  Erkkkk last batch for UPSR.

Yang lain-lain sumer start sekolah dah jadi satu kebiasaan.  Yang tak biasa si Ibtisam jelaaaa.

first day naik sekolah habis baju kita ni di tarik2.  Tapi sempat sekolah sehari je, sebab lepas tu mc dampai 7 hari.

Nak tau sebab apa...?

tu diaaa siap berikat tangan, doktor takut dia meronta.  padehal menangis pun tidak.  
koyak di peha kiri sebab tersangkut besi tiang bendera.  Penyangkut tali tu alahaiiii rendah benauuuu paras betis je.

sesudah dijahit.  7 hari tak mandi main lap2 je.  

Lar ni dah ok... dah bersekolah balik semula.  Da takde adegan tarik2 baju.

Monday 18 November 2013

Hilang di Villa Nabila

Smalam pagi2 datang opis sambil cek email, sambil menyambil on fb.  Terbaca kat Wujud Paranormal berkaitan kes 30 orang masuk Villa Nabila, tapi 7 je yang selamat, selebihnya 23 lagi hilang atau dalam erti kata ghaib di so called Villa Nabila.

Okeh nak bagi tahu dulu, villa tepi jalan mengadap ke laut tu BUKAN Villa Nabila.  Villa tu namanya Christine Villa.  Villa Nabila letaknya kat bahagian belakang.  Kat kawasan sebesar 4 padang bola sepak ada 3 bungalow so salah satunya dipercaya Villa Nabila.

Tapi kita tak salahkan orang luar dari JB ni memanggil Christine Villa tu sebagai Villa Nabila sebab theyolz tak tau.  Hatta  anak2 muda JB ni pun tak tau yang itu Christine Villa sebab zaman dorang membesar villa tu dah terbiar sepi.

Christine Villa ni dulu cantekkkk.  Tiap kali lalu tepi laut memang rumah2 tepi laut tu menjadi tumpuan kami adik beradik.  Siap pasang angan2 napalahhhh rumah tu bukan rumah kita.  Selain Christine Villa yang menjadi idaman kita, ada satu lagi bungalow yang dinding rumahnya di corak seperti sisik ikan.

Christine Villa berhantu?? ekceli sepanjang tepi laut memang banyak juga bungalow2 yang terbiar kosong tak berpenghuni, and ada several yang agak keras.  Cuma Christine Villa ni je yang tak berjaga yang lain sumer masih cantik lagi.

Smalam sumer orang yang nak ke JB mendapat hadiah jem dari M Suite menghala ke bandar.   Macam ada pesta kat situ.  Kita rasa kalau kita jual air cedok2 atau eskerim mesti laku gilaaaaa. Heheheheeh.

Masa awalnya kesian ngan mak budak tu, cemanalah rasa hati seorang ibu berdebar2 menanti berita anaknya, macam2 ikhtiar dibuat.  Tak kurang juga ngan orang yang bijak pandai siap azan dalam kawasan rumah tu.  Tapi hujung2 budak tu ditemui di Flat Desa Mutiara bersama dengan makwenye.  Apa yang dia buat wallahualam.  Err kediaman tu milik siapa ye???

Ish ish ish... hampeh betul.  Hai dek, napalah ko buat perangat cam tu ye... syukur banyak mak awak tak lumur awak ngan garam bila jumpa.  Ish ish ish... bukan satu Johor, malah satu Malaysia gempar tau dengan kehilangan awak.

Hish.. macam2 spekulasi berlaku sebelum cerita benar tersingkap.  Sapa nak bayar OT anggota polis yang terlibat?  Speechless ngan kelakuan budak tu.  Sian mak dia, sebelum tu siap cakap anak dia seorang yang baik... Err merayau tak balik rumah sampai jam 3 pagi tu... Ye lahhh mak mana yang nak cakap anak dia jahat kan.

Semoga adik tu diberi hidayah selepas kejadian ini.  Jangan nakal2 lagi ye dek.  Oh ye... kalau nak baca cerita pasal hilang di villa nabila silalah ke blog mazidul 

Christine Villa sewaktu masih cantek lagi.  

Nowadays

Entrance

Sunday 17 November 2013

Cuti skolah tapi bukan cuti buku

Cuti skolah dah bermula... Sorrylah ye anak2, mak ngan ayah takde cuti lagi dah, kebanyakkan cuti dah guna untuk program2 sekolah dan  masa korang tak sihat.  Anak 4 orang, sekejap yang ni tak sihat, nanti yang tu pulak tak sihat.  Ayah kata kalau kita nak jalan tunggu cuti sekolah bulan Mac 2014 okeh.  In shaa Allah, kalau time tu ayah setuju nak gi umrah kita postpone ke depan skeet je ye holiday.

Tahun depan Abang Danial naik darjah 6.  The last batch yang akan menduduki UPSR.  Bulan Februari 2014 ni ada exam besar lagi untuk menentukan kelas mana yang budak2 darjah  6 akan duduk.  Mak dah belikan buku latihan untuk 5 mata pelajaran teras.  Mak nak abang usaha lebih keras lagi.  Terus terang mak agak kecewa dengan keputusan abang pada exam akhir tahun 2013.  Nasib tak turun kelas.  Abang tipu mak ye, abang cakap abang study kat rumah atok time mak kerja, kalau study napa result cam tu?

So, untuk cuti skolah ni mak dah lantik sorang cikgu personal untuk memperkukuhkan maths n bi abang.  3 subjek teras yang lain mak rasa mampu untuk guide.  Mak nak abang bersedia untuk exam pada bulan Februari 2014 ni.  Please jangan kecewakan mak n ayah.

Kakak Kristal w/pun keputusan periksa tidak cemerlang tapi resultnya masih lagi dikatakan baik.  Mak pun nak kakak study lebih jugak.  Sama-sama tuisyen ngan abang.  Mak nak kakak standby ngan mata pelajaran untuk darjah 4. 

Usaha perlu disertakan dengan doa, solat jangan lupa ye.

Men'jusco' lepas beli buku.  Tak sabo tunggu Ibtisam jalan yang banyak melencong Abang Danial terus pikul adik dia.  Heheheheh