Showing posts with label healhty. Show all posts
Showing posts with label healhty. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Jus Buahan Sunnah




Khasiat Jus Buahan Sunnah

Jus ini adalah campuran 10 tumbuhan hebat sunnah  seperti habatus sauda, goji, saffron, biji anggur, delima, zaiton, kurma, kismis, madu dan air zam-zam.

1. Mengandungi penawar bagi segala penyakit seperti yang tertera di dua buah hadis ini :
“Tetaplah kamu dengan Habatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati” ....(Hadis riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Padanya ada makananyang segar dan penawar bagi segala penyakit”
2. Mengandungi antioksidan yang sangat tinggi
3. Menguatkan sistem imun dan kekebalan badan
4. Meningkatkan daya ingatan dan membekalkan nutrien terbaik untuk fungsi minda
5. Meneutralkan racun dalam tubuh dan mencegah penyakit
6. Membaiki saluran pencernaan
7. Melancarkan susu ibu
8. Melegakan keletihan dan membekalkan tenaga
9. Mengawal selera makan, mengurangkan lemak dan mengawalberat badan
10. Menggalakkan tidur yang lena
11.Membantu mengurangkan sakit lutut, tulang dan sendi
12.Meningkatkan keinginan seksual
13.Membekalkan pelbagai vitamin
14.Agen anti-penuaan yang baik
15.Membantu mencegah penyakit hati, ginjal, jantung, paru-paru
16.Membantu mencegah kanser
17.Baik untuk sistem penghadaman

Monday, 23 September 2013

Kolestrol tinggi?? cemana niiii!

Haaa tu laaaa masa makan, masa menghadap tak ingat kannnnn... ujung2 bila cek darah nak bebuat tekejut... Okeh.. tak ngata orang lain.. kita ngata diri kita sendiri.

Ekceil banyak skang ni makanan kesihatan kat pasaran yang boleh membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.  Samping2 tu kita nak share info ni untuk u olz.

Diet ini adalah perlu untuk mengelakkan  risiko penyakit jantung, darah tinggi, kes kolestrol tinggi dalam darah (hypercholestrolemia)

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN (TINGGI KANDUNGAN KOLESTROL/LEMAK TEPU)

1. Minyak dan lemak seperti minyak/lemak babi, Ghee, minyak kelapa.  Lemak dari daging/ayam, minyak limpa ikan (Cod  
    liver oil)
2. Kuning telur dan makanan yang dibuat daripada kuning telur seperti kaya, kastard telur, kek, biskut, mee kuning dan lain-

    lain.
3. Organ dalaman haiwan seperti hati, jantung, limpa hempedal dan sebagainya.
4. Kerangan laut seperti ketam, udang, sotong, tiram, ikan bilis (Kepala dan perut)
5. Hasil tenusu penuh krim seperti susu penuh krim (tepung/segar), mentega, keju penuh krim, dadih penuh krim.
6. Daging bewarna merah seperti daging lembu dan kambing.
7. Produk daging terproses seperti daging berlemak, bacon, ham sosej, frankfurter dan daging dalam tin.
8. Kelapa dan santan serta makanan yang mengandungi kelapa/santan.
9. Lain-lain seperti coklat, mayonis, cencaluk, lap cheong, luncheon meat dan kuah yang dibuat dari pati haiwan.

MAKANAN YANG BOLEH DIAMBIL
1. Lemak sayuran seperti minyak tak tepu (plyunsaturated)/tanpa kolestrol, minyak jagung, minyak kelapa sawit, minyak 

    soya, marjerin dan lain-lain.
2. Sup-sup sayur.
3. Ikan dan ayam (tanpa kulit dan lemak)
4. Bijirin seperti nasi, meehon kuey teow, roti, oat, nestum, tepung gandum, tepung beras dan lain-lain.
5. Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang (dal, kacang merah/hijau)
6. Hasil tenusu rendah lemak seperti susu skim/rendah lemak, keju rendah lemak (light cheese), dadih rendah lemak dan 

   lain-lain.
7. Gula, madu, sirap, jem, minuman ringan, kordial dan lain-lain.
8. Kek, biskut, pastri dan puding yang dibuat dari putih telur dan lemak tak tepu.
Nota: Makanan diatas perlu diambil secara sederhana untuk mengelakkan obesiti (kegemukan)


- Selain dari kurangkan makanan yang mengandungi kolestrol dan lemak tepu, hentikan merokok, selalu bersenam, cuba rehat serta tenangkan fikiran.

Sumber : Jabatan Makanan Hospital Sultanah Aminah

-----
Ok done!  Stress juga kalau korang nak tau, boleh menjadi punca kolestrol tinggi.  Sebab kalau kita stress kortisol (tak ingat nama dia sebenarnya, kalau salah mahaplah ye) akan naik, bila naik secara tak lansung akan menjadi salah satu penyumbang kepada kenaikan paras kolestrol.  So, gembira2kan diiri anda.  Tak mo sedih-sedih ye.

Thursday, 5 September 2013

Diabetes?? Jom jaga makan.

Diabetes  merupakan penyakit yang  top rangking juga kat Malaysia ni.  Orang keliling kita pun ramai yang ada diabetes.  Arwah mak sedara kita, mak sedara kita, adik kita, arwah MIL kita. Kawan2 kita.  ::sigh::

Mak kita pun suka buat air manis2.  Kalau kita minum rasa macam nak tercabut telinga. Heheheheh.  Bila kita buat air stakat manis2 buah nanti mak kita sound pulak "ko sorang je ke nak minum?" hahahahahahaah

Tapi jangan ingat minum air manis je bleh buat diabetes. Makan banyak carbo pun can jugak.

Okeh lets sharing!

Berikut adalah sebahagian dari contoh makanna yang amat penting untuk anda ketahui.  Diharap pesakit mematuhi arahan yang diberikan dan jadikan senarai di bawah sebagai panduan.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN (Kecuali ada arahan Doktor atau Pegawai Diatetik)
1. Aiskrim
2. Susu pekat manis
3. Buah-buahan dalam tin (manis)
4. Semua kuih-muih manis
5. Glukosa, gula pasir, gula perang, madu, kek
6. Coklat
7. Biskut manis
8. Jem
9. Kaya
10. Minuman ringan (botol, tin dan kotak)
11. Milo, horlicks, ovaltine, pulut, pisang, durian

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TETAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA
Jumlah keperluan bergantung kepada umur, kegiatan, jantina dan berat badan.

A. Makanan Karbohidrat/berkanji
i) Hasil bijirin - Nasi putih, beras india, roti putih, Whole meal (jagung), mee, mihum, conflakes, nestum, oats, biskut ceram crackers, apam, putu mayam, idalee, tosai, capati, roti canai.
ii) Sayur-sayuran berkanji - lobak merah, kentang, ubi keledek, keladi, labu manis, sukun, kacang panggang (baked bean)
iii) kekacang - kacang dal, kacang hitam, kacang hijau dan kacang merah.
iv) Susu - susu segar, susu UHT, susu cair, susu tepung.
v) Buah-buahan - limau, epal hijau, epal merah, oren, betik, nenas, rambutan dan lain-lain buahan

B.Makanan berprotein
Ayam, ikan, daging, telur, keju dan makanan laut - udang.

C. Makanan berlemak
Minyak memasak (lebih baik jika gunakan jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dan lain-lain) majerin polyunsaturated.

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DENGAN BEBAS
Boleh dimakan sebanyak mana yang dikehendaki dan tidak ditambah gula.
i) Cecair - Air minuman, Air mineral, teh, kopi, air sop, air limau nipis/lemon, air barli
ii) Perasa dan rempah - serbuk kari, cili, herba, rempah ratus, lada sulah, cuka, esen.


PETUA UNTUK DIINGAT
1. Kawal pemakanan
2. senaman (Setiap hari 1/2 jam)
3. Ubat kencing mani/injection insulin
4. Kawal paras gula dalam darah dan rekod dalam buku.
5. Paras gula yang baik - Puasa 4-6 mmol/l, 2 jam lepas makan 7.8 mmol/l

Sumber : Jabatan Makanan, Hospital Sultanah Aminah

------------
Ok done semua info2 yang aku nak share... Harap2 korang sumer dapatlah benefit dengan apa yang aku kongiskan.  Sharing is caring! We care we share!

Wednesday, 4 September 2013

Saya dan Gaot.

Okay... i'm not the rite person to talk about healthy.  Tapi saya (eh sekejap kita sekejap saya.. mana2lah) rasa saya nak share beberapa bahan yang usefull untuk readers.  Sharing is caring kan.

Uric acid kita tinggi.  Uric Acid yang tinggi boleh mengakibatkan Gaot.  Okey tak bermakna uric acid tinggi tu automatik u olz ada gout. No.. uric acid yang tinggi memberi erti u olz akan mudah mendapat gout.

Disebabkan kita ni (eh kita pulak) memang ada keturunan Uric Acid yang tinggi makanya apa??? Makanya kita pun nak elak ke nak selekoh tang mana sekali pun tetaplaa kita ni punye reading tak cantik.  So what me have to do?  Kenalah kawal pemakanan.  Okay jom share. (kita cut n paste je dari blog lama kita)

DIET UNTUK PESAKIT GAOT

Diet Rendah Purin.
Diet ini dikhaskan bagi pesakit yang mempunyai asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) atau Gaot. Oleh itu diet ini adalah untuk mengawal sumber makanan yang merupakan pembentuk (prekusor) asid urik iaitu purin.  Purin adalah sebatian nitrogen yang mana pemecahan dalam badan akan menghasilkan asid urik.  Gaoit adalah keadaan keturunan ketidaknormalan metabolisma purin.  Biasanya asid urik akan dikeluarkan bersama urin (air kencing) tetapi bagi pesakit gaot ianyadimendakkan di sendi-sendi menyebabkan teramat sakit terutamanya di bahagian kaki.

A. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN DALAM DIET
1) Hati, buah pinggang, perut, otak dan lain-lain organ dalaman haiwan. (ni memang tak bagus sebab aku rasa organ dalaman ni merupakan filter pada kekotoran dalam badan, dah tu kita nak makan filter tu... wat pe kan??)
2) Ikan-ikan kecil seperti ikan bilis, sardin.
3) Pati daging seperti Bovril (bovril ni ada yang suka makan ngan bubur)
4) Jenis-jenis kekacang seperti dal, kacang peas, kacang soya dan hasil-hasilnya seperti taufoo, taucho, air kacang soya. (i pecinta kacang..)
5) Sup-sup daging dan kuah-kuah (i juga pecinta sup)
6) Sayur-sayuran seperti bayam, cauliflower, peas, cendawan, asparagus, kentang.
7) Roti wholemeal, bemax, biskut Ryevita, roti rye, par boiled rice.
8) Kopi, teh, coklat dan koko

B. BOLEH DIAMBIL DALAM AMAUN YANG KECIL
Pengambilan protein sehari tidak lebih dari 1gm/berat badan yang sesuai/hari
1) Daging selain dari yang dinyatakan di atas @ sumber protein dari tumbuhan (Kacang) seperti tauhu.
2) Ayam
3) Ikan dan kerangan laut

C) MAKANAN YANG BOLEH DIAMBIL
1) Sayur-sayuran selain dari yang dinyatakan di atas.
2) Susu, keju, telur, telur ikan.
3) Roti Putih
4) Buah-buahan
5) Mentega, lain-lain lemak, manisan dan gula

Nota:
1. Bagi pesakit obese, perlukan penurunan berat badan oleh itu perlu kurangkan pengambilan mentega, lemak-lemak serta gula.
2. Tingkatkan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
3. Kurangkan pengambilan alkohol dan lemak kerana akan meningkatkan asid urik dalam darah yang mana akan menyekan perkumuhan urate oleh ginjal (buah pinggang)

Sumber : Jabatan Makanan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

-------
Ok, done!  Next entry nanti aku share pulak diet untuk diabetes dan darah tinggi ye.  Bukan apa, kekadang kita ni sendiri macam tak pasti apa yang boleh ambil apa yang tak boleh kan.  Takkan dah dapat penyakit baru nak berjaga-jaga.  Sementara masih sihat ni lah kita kene prihatin ngan apa yang kita ambil.  Lelebih lagi dah masuk usia muda-mudi pertengahan cam aku ni kan.