Wednesday 4 September 2013

Saya dan Gaot.

Okay... i'm not the rite person to talk about healthy.  Tapi saya (eh sekejap kita sekejap saya.. mana2lah) rasa saya nak share beberapa bahan yang usefull untuk readers.  Sharing is caring kan.

Uric acid kita tinggi.  Uric Acid yang tinggi boleh mengakibatkan Gaot.  Okey tak bermakna uric acid tinggi tu automatik u olz ada gout. No.. uric acid yang tinggi memberi erti u olz akan mudah mendapat gout.

Disebabkan kita ni (eh kita pulak) memang ada keturunan Uric Acid yang tinggi makanya apa??? Makanya kita pun nak elak ke nak selekoh tang mana sekali pun tetaplaa kita ni punye reading tak cantik.  So what me have to do?  Kenalah kawal pemakanan.  Okay jom share. (kita cut n paste je dari blog lama kita)

DIET UNTUK PESAKIT GAOT

Diet Rendah Purin.
Diet ini dikhaskan bagi pesakit yang mempunyai asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) atau Gaot. Oleh itu diet ini adalah untuk mengawal sumber makanan yang merupakan pembentuk (prekusor) asid urik iaitu purin.  Purin adalah sebatian nitrogen yang mana pemecahan dalam badan akan menghasilkan asid urik.  Gaoit adalah keadaan keturunan ketidaknormalan metabolisma purin.  Biasanya asid urik akan dikeluarkan bersama urin (air kencing) tetapi bagi pesakit gaot ianyadimendakkan di sendi-sendi menyebabkan teramat sakit terutamanya di bahagian kaki.

A. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN DALAM DIET
1) Hati, buah pinggang, perut, otak dan lain-lain organ dalaman haiwan. (ni memang tak bagus sebab aku rasa organ dalaman ni merupakan filter pada kekotoran dalam badan, dah tu kita nak makan filter tu... wat pe kan??)
2) Ikan-ikan kecil seperti ikan bilis, sardin.
3) Pati daging seperti Bovril (bovril ni ada yang suka makan ngan bubur)
4) Jenis-jenis kekacang seperti dal, kacang peas, kacang soya dan hasil-hasilnya seperti taufoo, taucho, air kacang soya. (i pecinta kacang..)
5) Sup-sup daging dan kuah-kuah (i juga pecinta sup)
6) Sayur-sayuran seperti bayam, cauliflower, peas, cendawan, asparagus, kentang.
7) Roti wholemeal, bemax, biskut Ryevita, roti rye, par boiled rice.
8) Kopi, teh, coklat dan koko

B. BOLEH DIAMBIL DALAM AMAUN YANG KECIL
Pengambilan protein sehari tidak lebih dari 1gm/berat badan yang sesuai/hari
1) Daging selain dari yang dinyatakan di atas @ sumber protein dari tumbuhan (Kacang) seperti tauhu.
2) Ayam
3) Ikan dan kerangan laut

C) MAKANAN YANG BOLEH DIAMBIL
1) Sayur-sayuran selain dari yang dinyatakan di atas.
2) Susu, keju, telur, telur ikan.
3) Roti Putih
4) Buah-buahan
5) Mentega, lain-lain lemak, manisan dan gula

Nota:
1. Bagi pesakit obese, perlukan penurunan berat badan oleh itu perlu kurangkan pengambilan mentega, lemak-lemak serta gula.
2. Tingkatkan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
3. Kurangkan pengambilan alkohol dan lemak kerana akan meningkatkan asid urik dalam darah yang mana akan menyekan perkumuhan urate oleh ginjal (buah pinggang)

Sumber : Jabatan Makanan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

-------
Ok, done!  Next entry nanti aku share pulak diet untuk diabetes dan darah tinggi ye.  Bukan apa, kekadang kita ni sendiri macam tak pasti apa yang boleh ambil apa yang tak boleh kan.  Takkan dah dapat penyakit baru nak berjaga-jaga.  Sementara masih sihat ni lah kita kene prihatin ngan apa yang kita ambil.  Lelebih lagi dah masuk usia muda-mudi pertengahan cam aku ni kan.

No comments:

Post a Comment