Friday 20 September 2013

Alhamdulillah Rawatan Lasik Selesai

Alhamdulillah mende yang kita takut2 tapi menggeletis nak buat sangat telah pun berjaya kita harungi.  Cewahhhhh.  Kira macam fear factor lah gak ye.

Okeh kita buat lasik ni kat Johor je. Kita buat kat Bangunan Menara Pelangi, Tkt 15.   Perasaan membuak2 nak buat lasik bila tengok FB Prof. Dr. Muhaya.  Lagi2 Ustaz Zahazan n Hafiz Hamidon pun dah buat.  Amboii gila kentang berani betul dorang ni ye... tak sakit ke?? mestilah tak sakit kot, tu pasal dorang ni  berani buat.

Dalam pada nak tak nak nak tak nak nak tak nak tu kita beranikan diri set appointment 7hb September 
untuk buat pemeriksaan sama ada sesuai atau tak nak jalani prosedur lasik.

Prosuder tu amek masa bih kurang setengah jam je.  Memula doc akan periksa tahap rabun, pastu doc cek ketebalan kornea mata.  Kalau nak buat lasik ketebalan haruslah 570mm.  Bila doc cakap kornea kita cuma 517mm je, kita dah rasa macam, ohhh habislah harapan ku yang menggunung.  Lepas doc terangkan serba sedikit alhamdulillah kita layak jalani prosedur lasik, tapi sekali je laaa.  if next time kita ada rabun dekat n nak buat lasik, jawapnya adalah kirim salam.  Oh ye bayaran untuk buat exam ni adalah RM200.  

Power mata kita ni tebal ya hamat, rabun jauh adalah 970 kiri dan 925 kanan.  Rabun silau cuma 27 sahaja. Penyebab utama yang memaksa kita buat lasik adalah kerana tak tahan cos buat cermin mata dah main RM1300-1600 sekali buat.  Tu untuk rabun jauh, buatnya 4 -5 tahun lagi ada rabun dekat, harga cermin sahaja RM2000, belum masuk bingkai.. Amboii koooo.  Pikir punye pikir, baiklah kita laburkan sedikit duit dan tak perlu lagi lah buat cermin mata.  

Lepas dah habis exam  doc akan terus bagitau harga untuk buat lasik.  Lepas dia buat kira2 dia cakap lasik untuk mata kita adalah RM4892.  Fuhhh lega kita rasa.  Kita budget2 dalam RM6 ribu.  Skali kurang lagi dari jangkaan kita.. hahahah terus kita terbayang  nak jolikan baki duit tu.  Tapi non hada ye nak shopping, si Kristal plak asik pening pala, power mata dia naik, so buat cermin mata dia je RM655, cermin mata bapaknya RM125, service cik exora RM180. so takdelah kita nak mensopping duit yang terlebih dikeluarkan tu.   Redha ajelah..

So kita mintak tarikh yang paling cepat skali.  Kita minta nak buat hari Isnin, 9/9.  Gila berani benoooo nak buat segera kannn... tak sabo nak melihat dunia melalui mata sebenar hahahah.  Skali dorang cakap operation hanya dibuat pada hari Jumaat sahaja.  Makanya 13hb jam 4.00 petanglah tarikhnye.

Okeh cita semasa proses melasik mata tu kita cita pada kendian entry ye.  Kita nak share dulu apa yang perlu korang buat sebelum rawatan dilakukan.

Instruction before Lasik Surgery (IMPORTANT)

1. Do not wear soft contact lense in the eye so be operated on for at least one week before the Lasik Surgery.  For RGP (hard) lenses, it should be at least two weeks.
Pssst : Korang mesti confuse apa kemendelah soft lense, hard lense.  Okeh soft lense ni contact lense yang kosong takde color.  Yang hard lense tu yang beserta kaler.  Napa kene restkan mata?? sebab untuk mengembalikan bentuk cornea mata kita.

2. On the day of surgery please:

  • Remove all eye make-up (you may resume eye make-up 1 week after surgery)
  • do not wear any jewellery of parfume
  • do not bring any valuable items of excessive cash (kita bawak je cash sebab kita ni tak de kad kredit, sampai je tempat tu terus kita buat bayaran, so kita takdelah simpan duit banyak2 kat tangan)
  • do not bring any children along as they may become restless. (heheheh kita bawak jugak anak,  dari masuk je Laser Focus kita bagi isyarat jangan bising, peh tu siap kita beso2kan biji mata bio dorang takut sket hahahha, tapi masa nak masuk holding room en. asben terus bawak dorang berjalan2 kat shopping complex sebelah)
3. You can have your usual meals prior to surgery.

4. If you are on long term medication for the medical conditions such as hypertension of diabetes, please continue to take them.
  
5. In case your surgery time is delayed, bring something to read to fill your time.

6.  Be prepared to have someone to accompany you home after LASIK.  Use private vehicle or a taxi.  Please avoid public transport like buses.

7.  You may want to take 2-3 day's off work after surgery.

8.  You may like to shampoo your hair one day before your LASIK surgery as it is advisable to avoid shampooing your hair after LASIK for 1-2 days. (kita shampoo rambut sebelah pagi dan shampoo lagi rambut selepas 3 hari.  Tapi shampoo kat kedai, takut den ayo paip masuk mata, kang kene infection)



Okey sapa yang nak no contact dia sila salin ye.. 07-3331313

Next entry kita cerita pasal hari surgery ye... daa dulu... 

No comments:

Post a Comment