Showing posts with label sukasuki. Show all posts
Showing posts with label sukasuki. Show all posts

Saturday, 16 November 2013

At Menara Pelangi

Ibtisam skang ni asik2 soh mak dia pegi cek mata (due to lassik mata kita tu).  Kalau dia bosan je mesti dia suh kita cek mata.

Hamboiii prihatinlah konon kan... padehal apa kaitan awak yang budak kecik ngan mak awak punye schedule rawatan susulan mata kan?  Yang masuk dalam tu untuk rawatan adalah mak awak, bukannya awak.  Ibtisam tu ada sebab kenapa dia suka kalau mak dia buat rawatan susulan.  Ellehhhh awak ingat mak tak tau eh????

Awal Muharam jatuh hari Selasa, secara tak lansung kita n suami pun mencutikan diri hari Isnin 4 November.  Merasalah cuti lama sket kan, sabtu, ahad, isnin, selasa.  So dari dok rumah takde buat pape   terus keluar idea bernas ajak en. abangsayang untuk hantar pegi rawatan susulan mata kat Menara Pelangi.  Kalau ikut kita set up appointment hari 9hb, tapi rasanya 9hb tu nak ke Batu Pahat lagi so kita awalkan appointment.  Call Laser Focus dia cakap boleh je walk in terus. Bukan tak bleh pegi sendiri, tapi kita ni heheheh agak failllllll jalan2 kat Johor Bahru, walaupun kita adalah orygin Johorean.

Ahamdulillah mutu penglihatan jauh lebih baik dari yang sebelum2 ni.  Kalau masa baru2 lasik tu tengok komputer pun cam agak2 kabur, sampai font dia sumer kita besarkan.  Ni dah tak yah nak besarkan, dah normal.  Luka pada mata pun dah ok, mata pun dah tak kering cam masa mula2 lasik.  Alhamdulillah.  Last appointment adalah pada Januari 2014.

Rawatan susulan tu takde lama mana pun, tak sampai 10 minit.  Biasanya habis rawatan tu we olz akan terus singgah ke Menara Pelangi.  Haaaaaaaaa yang ni lah si Ibtisam sukaaaaaaa.

Gambar sebagai bukti heheheheheheh

Giyomi yang tak menjadi heheheh

Dah puas terlentang, terlungkup pulak

Kristal ngan Zahra dah macam si Zahra yang kakak.  Berat pun si Zahra over 3kg dari Kristal. 

Ib mengusung bola naik atas.

Island Tree. Napalah takde mende cam ni untuk orang dewasa.

Danial sebelum ni pun naik gak mendealahni, tapi naik samai putus.  Terus kita orang tak bagi dia masuk sini lagi. Takut weh mak bapak kene ganti. 

Sian buai tu... hehehehe

Dah rupa apa si Kristal

Hamboii tak habis lagi time main kat Kids Gym dia lari plak ke luar nak naik mendealah ni.  Padehal bukan takde kat rumah, nakkkk jugak naik.

Amboi laju je Zahra.  Helmet mana??

Haaa sebab Danial kita tak bagi dia masuk Kids Gym, kita bagi le dia join art class kat sebelah Kids Gym

Cikgunya yang baju hitam tu, yang baju belang tu helper dia.

comeiii kan.. dari batu yang tak beharga di transform jadi paper weight yang super cute.

Haaa ni lagi.  Kalau nak decorate batu yang saiz besar tu harga dia rm8

napalah kita tak dikurniakan kepandaian melukis sebegini..

jeles tul tengok hasil student2 kat situ

dari batu yang tak bernail terus jadi paperweigh yang sangat chumelz

Sunday, 3 November 2013

Tak dirancang pun

I love weekend weeeeee....

Hehehehehe walaupun malam tadi hampir jam 3 pagi baru nak tido, disebabkan anakanda ibtisam yang.. huh.. apa lagi.. yang suka macam2 di malam buta.  Ibtisam kamu ini sungguh mencabar ye bila matahari sudah tenggelam.  Tapi disebabkan weekend harus jugalah bangun pepagi cam kebiasaan.

Breakfast pagi kita buat mee goreng, nugget goreng and air neslo.  Nyumiiesss. Sedang enak bersarapan tetiba je Zahra bagi cadangan "jom mandi kolam besar!" 

Kita pandang muka bapaknye.. kita tengok jam 8.30 pagi ehhh sempat sangat kalau nak pergi.  Maka masing2 cepat2 habiskan bfast sesiap seala kadarnya dan terus menuju ke Kolam MPJB Taman Ungku Tun Aminah.

Kekadangkan bila kita rancang-rancang nak ke sana nak ke sini, ada je penyebab tak menjadi. Bila unplanned cam ni... wahhh tetiba je dah sampai hehehhehe.

Mak bapak tak mandi, anak2 je mandi sampai rentung.  Dari rumah ingat nak bawak sunblock, tapi dah banyak sangat mende nak diingatkan terlupa nak capai sunblock.

Kolam MPJBT ni rupe2nye baru buka semula semalam.  3 bulan tutup.  Kita plak memang dari sebelum bulan pose tak menjengah ke sana so tak tau pun yang dorang tutup.  Tapi nasib baik tak pergi last week.  Datang balik dah cantik dah... bangunan dorang dah cat jadi colorful.  Nampakla ceria sket.  Gambar memang tak amek hatta sekeping pun, sebabnya dah selalu sangat ke sana dah tak terhawa nak ngambek gambo.

Dah rentung dah kecut memasing balik le kerumah.  Kelentang kelentung kat dapur prepare lunch, ikan bakar, sup kentang + telur, tahu n tempe goreng + sambal kicap.  Superb! Kenyang! Alhamdulillah.

Ehhh roh rajin tak habis kat situ je... petang kita buat kuih chara plak.  Kristal memang hantu kuih chara.. ehhh sumer anak2 hantu kuih chara, kecuali sang bapak.  Sang bapak kurang gemar kuih yang bakar2 ni.. dia lebih kepada kuih yang goreng2.  Sambil buat kuih chara sambil tu masak lauk untuk dinner plak.  

Anak2 malam ni kita dinner lauk ayam kurma ye plus lauk siang tadi ada baki lagi sket.

Okeh kita nak tarik dua orang budak yang dok berkubang dalam tempayan bilik air plak.  


Thursday, 31 October 2013

Ceri beri...

Alkisahnya ada seorang sahabat di pejabat ni bawa sup daging kurban.  Supnye pekat melekat pergghhh memang mantoppppp.

Kita suka makan soto/supnya yang nampak keruh2. Kalau yang jernih2 tu alahaiiii... cam ye tak ye je kita nak makan.  Kerek kan..

Kita ni siap bersidang bagai mintak resepi dan cara dia masak sup tu.  Stakat masak sup pun ko nak mintak resepi ke?  Bukan begitu anak2... sebenarnya teknik memasak tu akan memberi impak yang berlainan.   Serius tak tipu tauuu.

Tapi selepas lebih kurang 2 jam kita menjamu hidangan berkenaan, perut kita memulas dalam 10 minit sekali.  hehehehh cam nak beranak pulak! siap ada masa contraction.

Lepas dah sakit2 perut tu paham2 ajelah, jadilah pengunjung Mr.T yang setia.  Asal masuk je keluar.. asal masuk je keluar.  Tu nasib baik kuar ikut bawah je.  Kalau kuar ikut atas juga.. mahu melepek.

Dalam sakit perut tu sempat jugak ngajo anak2 ngaji lepas maghrib.  En Suami kesian tengok kita sakit perut dia bagi ubat sakit perut n ceri beri.  Tapi sakit perut ni memang kaw kaw punye.. ubat tu berjaya hilangkan sakit dalam satu jam je.. peh tu sakit balik.  Ish ish ish ish.. tak pernah2 dalam tidur kiter ter 'ek ek.  Ini betul2 serius punye ceri beri ni... hehehheh tak memasal mandi jam 3 pagi.

Inilah padahnya makan tak beringat.  Sakit juga penghapus dosa... Alhamdulillah.. 

adooi mak sakitnya... adoiii mak sakitnya.... 


masa makan tak ingat mak... dah sakit pandai pulak sebut mak ye... sup pekat memang mantopp hingga ke bilik ayo.. 

Thursday, 17 October 2013

Makan2 ulangan

Masa Danial berkampung kat Pasir Gudang, we olz secara senyap2 telah pergi makan seaafood di Tanjung Kupang.  

Dan disebabkan rasa bersalah makan2 tanpa kecukupan seorang anak, maka kita orang pun ulang tayang lagi pergi ke makan2 di Tanjung Kupang.  Ni dah kali ke berapa tah aku makan kat sini.  Tapi untuk tahun ni baru dua kali.

Restoran ni nama dia Restoran Yeo Sekeluarga.  Aku tak tau kenapa nama dia cam tu.  Restoran ni terletak mengunjur ke atas laut.  Kali pertama pergi masa tu air tengah pasang.  Takut jugak aku tengah sedap2 makan tetiba bersila je dalam air.  Selisih...

Masa kali pertama we olz pergi dalam bulan September 2013.  Ada kejadian berlaku.  Tapi bukan kejadian seram laaa.  Kejadian yang agak memalukan, tapi bukan pada we olz sefamili.  Ada satu family ni tak tau dari mana, lebih kurang 10 orang lah campur mak bapak n nenek serta anak2 dia.  Dorang request meja besar sket, so pekerja pun tepek je meja yang besar sket atas meja yang sedia ada.  Pastu customer tu minta meja tu di alas.  So pekerja yang separa perempuan separa lelaki ni boleh dia hamparkan plastik kaler merah, material dia cam sama plastik bising yang kalau berbelanja kat kedai2 gerenti dapat percuma.  Alas kalau semenggah tak apa, ini siap gelembung2 bubble.  Dia jadi bubble sebab plastik tu di ikat bahagian bawah meja.  Bubble tu plak kalau budak duduk memang tak nampak muka, kalau orang dewasa duduk memang paras dada bubble tu.  Aku budget kalau letak air pun leh tumpah sebab tak level.  Customer tu minta tukar alas meja yang proper sket, pekerja yang separa normal ni tak moh tukar, dia berkeras cakap biasa memang pakai yang macam tu.  Terus customer tu melenting cakap kalau awak tak nak tukar, saya tak jadi makan disini.  ehhh pekerja ni tetap jugak ngan keras kepala dia.  Kot ye pun nak pakai plastik merah tu, tak perlu lah ikat, atau pun kalau ikat, ko kuarkan bubble tu.  Ini tak semenggah sangat rupe dia.  Pekerja tu pun lupa.. customer is always right.  Ish ish ish.  Kalau jadi kat we olz mesti laki den pun sound cenggitu jugak.  Penyudahnya customer tu satu family bangun tak jadi makan.  Datanglah satu lagi pekerja yang nak settlekan keadaan, dia tolong bukakkan alas meja bising tu.  Tapi sayang nasi dah jadi bubur, customer sudah kecik hati maaa.. tak pasal ko dah kurang masyukkk.  

Kejadian ulang tayang adalah pada 11 Oktober 2013, Jumaat malam Sabtu.

Layankan gambo ye.

Ibtisam panggil ketam ni Udang Besar.  Bleh???

Ai is tak minat ketam ni.  x minat seafood, tapi layankan aje.

otak2 gemuk yang rasanya pelik sebab ada daun cekur, tapi sedap

tukang sponsor  sedang melayan tablet

Otak@ Gemuk dan sedap

Ibtisam ni susah kalau suruh makan.  Stakat makan kopok je.  Nasi adalah 3-4 suap je

Abang Danial

Tak habis pun tapau bawak balik.  Now dah masuk tong sampah.

Udang dan sotong goreng butter, tomyam, ikan masam manis, telur dadar  

Gendang gendut tali kecapi kenyang peruttt... balikkk!!!

Wednesday, 16 October 2013

Jalan2 Ke Batu Pahat Part 2

Last week before dah gi Batu Pahat, 5hb Oktober pun kita orang pergi lagi.  Nak pi Stadium Batu Pahat lagi ngambek si Danial.

Tapi pengajaran telah mendewasakan, kali ini kita tak bawak lansung bekalan.  Penat je prepare sudahnya budak2 bukan makan pun. Cemana rupe bekas tu masa pergi, cenggitu jugaklah rupenye masa bawak balik.  Luak pun stakat sket2 je.

Before keluar rumah, kita dah sumbat mulut Kristal, Zara n Ib nasik lemak.  Tapi on the way kita singgah jugak ke pam minyak beli roti n air vitagen.  Standby katanyaaa takut peristiwa lama berulang kembali, tak pasal perut masuk angin kang.

Bertolak jam 11 pagi dan sampai disana jam 1.30 petang.  Kali ini tak turun lansung dari keta, main tunggu tepi padang, game pun dah habis, tepon coach minta Danial datang tepi padang.

Danial cakap dia nak balik naik bas, pastu AbangSayang cakap "Ayah nak jalan2 ni, kalau tak nak ikut pergilah naik bas"

Wahhh syokkk ooohhhhh nak jalan2 kat Batu Pahat.  Kira2 7 tahun lepas area Batu Pahat ni kawasan permainan suami kita, sebab dia selalu naik ke BP atas urusan kerja.  Tapi dalam tempoh 7 tahun macam2 dah berlaku kan, so jalan2 tu dah tak berapa familiar sangat.  Singgah sekejap kat masjid, solat.  Kita cuti, so kita dok je dalam keta, sambil tu perut ni dah berkeroncong, pagi tadi kita makan oat je.   Sambil2 tunggu kita makan roti seketul.  

Usai solat, start jalan suami kita ni dok cakap tak berapa ingat jalan nak ke pusat bandar.  Sambil pusing2 tu dia asik cakap tak ingat jalan ke pusat bandar, tak ingat shopping complex belah mana.  Dah 5-6 kali asik ulang dialog yang sama penyudahnye kita tanya "Abang nak pegi shopping complex ke?" bleh pulak dia jawab "eh tak lah".  Thennn apa motif awak ulang2 ayat yang sama je??? confuse kita.  Kita pun tak hingin nak pegi shopping complex sebab kat JB ni pun bersepah.  Shopping complex kat JB ni pun jarang pergi apa hal plak nak pegi shopping complex kat Batu Pahat.

Tetiba AbangSayang cakap "Makan dululah.  Korang nak makan tak? Lepas ni jalan dah takde berhenti2 tau, kalau tak nak makan silakan lapar".  Berhenti kat satu restoran, nama kedai dia tak silap Razak Noor (cawangan Restoran Noor).  Tapi yang handle dalam tu cam type mamak2.  Kita ni tak kesah restoran mamak ke, kelantanese ke, siamese ke janji halal kita masuk.  Dah turun ni, anak2 pun dah turun nak masuk kedai.  Bleh pulak suami kita tu patah balik masuk kereta sambil cakap "mamak laaaa, boleh ke?" ishhhhh yang tak boleh tu awakkk... kami2 ni sumer okey jeeee.  Suami kita tambah lagi "Takut kari dia kari semalam laa" 

Kita rasa macam nak tutup muka je... kalau awak tak nak makan kari janganlah makan kari, makan lah mende lain.  Lagi pun dia dah tulis dia ada jual nasi beriani kannnnn.

Tak jadi makan.... tak jadi makan kooooooooooooooooooooo.  Masuk balik dalam keta.  Anak2 sumer masuk balik dalam keta.  Jalan lagi, jumpa restoran, haaa yang ni memang betul2 punye mamak.  Tak mauuu jalan.  Skali lalu depan gerai orang jual goreng pisang.  Tetiba suami kita mengeluarkan idea yang sangat2 tak terpk oleh akal kita.  "Goreng pisang nak tak?"  kita tengok je muka suami kita.  Jam 2.30 petang tak makan nasi lagi, dia nak soh kita anak beranak ni hadap goreng pisang.  Mana ada orang dalam dunia ni makan pisang time lunch bang oiii.

Tak peee sabo... sabo.. kita dah agak mende nak berlaku, nasib kita dah makan roti buat alas perut.  Padehal tadi dia yang beriya ajak makan, siap ugut kalau tak makan nanti lapor sepanjang jalan.

Maka belilah suami kita goreng pisang RM2.   Yeee RM2 je untuk 6 orang.  At last si Kristal sorang je yang habiskan goreng pisang tu, suami kita makan dua ketul.  Kita lansung tak makan.  

Start dah jalan nak menghala ke JB, nampak gerai, kita cakap ngan suami kita, "tu ada gerai laa"  ewahh bleh plak suami kita cakap "haahlah gerai" astaga.... bang! awak ingat kita tunjuk kat awak kuda ke? kambing ke? yang awak buat ulasan cam tu? Tak berhenti punnnnn terus jalan lagi.

Hadoiii sakit pulak hati kita ni.  Apa motif ko bawak kami2 ni berjalan2 bang oiii.  Pada kita kalau nak berjalan2 tu kene ada pakej, lengkaplah ngan makan2 skali.  Ini stakat duduk dalam keta for long journey then dah sampai patah balik.  Apa ke pesen berjalan ni???  Dalam perjalan balik tu terserempak ngan restoran kat tepi2 jalan sebak rasa hati kita. Kita ni bukan nak makan sangat pun, tapi kita rasa cam.. apakah bentuk jalan2 ini? At least kalau singgah tu boleh laaaa duduk sekejap, borak2 sebelum meneruskan perjalanan. Barulah happening kan... tenang2kan fikiran.  Ini... masuk keta, sampai tempat dituju, patah balik.  Hadoilaaa.  Terus kita takde nafsu nak bercakap.  Kita diam je, walaupun AbangSayang berborak ngan kita.  Hehehheh maaflah ye bang.  Hati I terguris u.

Tiba kat Rengit skali kita terpandang signboard Taman Rekreasi Tanjung Punggor.  Kita bagi tau suami kita, nasib dia pun teringin gak, terus kita menuju ke situ.  Tempatnya takdelah best sangat, ombak kuat.  Dah dihadang ngan tembok pun ombak dia stil boleh masuk jugak.  Kat tepi2 tu ada gerai2, dok le kami2 melabuhkan punggung kat situ.  Nasib nampak signboard, kalau tidak memang tak jamah nasik. order nasi gorng cina satu1, nasi goreng kampung satu, fish n chip satu.  Tapi rupe kedua2 nasik goreng itu adalah sama.  Cuma satu pedas satu tak pedas.  Hishhh pemalas betul tokeh restoran ni.  Nak sampai order punyelah berejam, mementang order nasi goreng kampung, haruskah ko balik kampung dulu untuk mentanak nasik?  Berejam pun at the end nasiknye rupenye sama.  

Dah kat situ baru laaa perasan kita back to normal.  Pada kita kalau jalan2 mestilah singgah mana2 cuci2 mata.  Kalau setakat pergi, sampai pastu patah balik bukan jalan2.  Tu namanya nak pergi amek anak je.  Lengkali malas lah nak ikut. Pffttt 

Tak banyak gambo kita ambil.. layanlah gambo pulak ye.. dah penat makhencik ni bebel.

Ni la rupa stadiumnye

Tiga orang yang selalu menjadi mangsa keadaan heehhehhehe nasib laaa

See ombak dia kuat, w/pun dah ada penghadang still air dia boleh naik lagi
Zahra bagus tak merayap2 asalkan tablet ada disisi.  
  
Pengakhiran cerita dengan hero yang tumbang.

Tuesday, 15 October 2013

"Jalan2" ke Batu Pahat


Haih kecoh betul tau BB kita asik bunyik ketang keting ketang keting jee hari Sabtu lepas.  Tengok hamboiiii memasing hupdate pasal balik kampung sana laaa balik kampung sini laa.  Terus terasa hati kita ni. Mementanglah kita ni tak berkampung.  Ekceli bukan takde kampung, adaaaa tapi tu rumah makcik2 je. Non hada best okeh.  Best kalau mak kita dok kampung.  Haaaa baru laaa feelinggg kaannn.

Lantas kita pun hupdate jugaklah status nak balik kampung.  Balik mana?? Batu Pahat maaaaa.  

Choiiiii sebenarnya kita pergi BP sebab nak ambil Danial main bola kat Stadium Batu Pahat.  Dia bertolak jam 5.30 pagi dari JB naik bas.  Kalau ikutkan memang pergi dan balik ada transport, tapi sebab kami anak beranak ni dah tak tau nak buat apa, dan dah tak tau nak kemana, so kita orang pun pergilah Batu Pahat.

Masa malam sebelumnya kat rumah mak kita, AbangSayang cakap ngan mak kita esok nak bawak kita n anak2 berjalan2 ke Batu Pahat.   Wahhh mak kita pun sengih2 le tengok muka kita.  Siap cakap, bestlah ko, laki ko nak bawak gi jalan2 ke Batu Pahat.  Well... we will see.  

Ekceli ini kali kedua kita pegi Stadium Batu Pahat.  Masa first time 2 minggu lepas.  We olz bertolak jam 10.00 pagi, n sampai ke Stadium Batu Pahat around jam 12.30 gitu.  Sebagai emak yang sangat prihatin tentang perut anak2nya kita siap buat sandwich, telur rebus, sosej bakar, nugget goreng n roti manis.  Oh yeeee tidak dilupakan satu pack air vitagen dan 2 botol air suam.  Haaaaaa pendek cerita kalau anak2 lapo maknye dah ada stok makanan gituuuuu.

Kita tak pernah pergi Batu Pahat, so bila suami ajak mestilah suka khennnn.  Asik terperap je kat Skudai ni, tak berkembang betul minda.  Ewah2 bila sampai je kat Stadium Batu Pahat, elok je parking, AbangSayang terus tinggalkan kita ngan anak2, dia terus je dok tengah padang.  Padang tu besar, so dorang bagi pada empat bahagian, skali main boleh jalan 4 perlawanan terus.

Stadium cantik ada tempat duduk berbumbung.  Tapi kita park keta bukan kat bahagian berbumbung tu, kita park kat bahagian berhadapan.  Sangat jauh kalau nak pergi ke tempat duduk berbumbung tu.  Nasib baiklaaaa tempatnya ada bangku kat bawah pokok, terus kita letak stok2 makanan kat situ.  Kristal, Ibtisam n Zahra dah jadi cam anak kambing, lari sana lari sini, bukak selipar, lompat atas bangku.  Dan yang paling kesian duduk kat kaki lima tepi padang kumpul ranting2 kayu dan jadikan bangunan.  Kreatif anak2 kita.  AbangSayang lansung tak pedulikan kita berempat yang dok tersadai tepi padang ni.

Bosan tul, nasib le ada sot kabo, habis sampai ruangan iklan pun kita baca.  Tak cukup tu, komik Ana Muslim si Kristal pun kita tibai baca.   Humang aaiiii adalah 2 jam 30 minit kita anak beranak tak dipedulikan di tepi padang.

Lepas habis game, AbangSayang pun datang kat tempat kita orang tanya "Budak2 dah makan ke?" opkoslah kannn tapi stakat makan remah2 yang kita bawa tu, sandwich lansung tak usik.

So naik keta AbangSayang cakap nak pi makan, dia siap pesan tolong tengok2 kalau ada restoran kat tepi2 jalan.  Tapi start roda keta berpusing, AbangSayang ni tak habis2 pot pet2 pasal mutu permainan si Danial.  Sambil2 tu kita mencelah jugak "Bang tu restoran"... ehhh tak berhenti... terus lagi suami kita bagi syarahan. Kita nampak lagi restoran... "Bang restoran".. tak berhenti gak.. sampai dah 4 - 5 kali kita cakap restoran tapi tak berhenti gak, maka kita pun senyap je.  Dalam hati cakap sian anak2 yang lagi 3 orang tu lapokan nasik.  Danial opkos coach dah bagi makan nasi lepas habis game.

Penyudahnya kita pun tertido dalam keta, terjaga tak habis lagi syarahan perdana, tido lagi, bangun pun tak habis lagi syarahan perdana, tido lagi, bangun tengok2 dah sampai depan rumah. Masuk rumah bleh plak tetiba suami kita cakap LAPO.  Hamboiii bersepah restoran kita tunjuk tadi takde rasa pun hati dia nak berhenti makan.  Balik2 tetiba cakap lapo pulak.  

Nasib ada nasi sejuk, menggoreng nasi, dan buat mee hun bakso untuk budak2.  Betul2 lapo anak2 kita, sian dorang.

Besoknya pegi umah mak, bleh plak mak tanya "Seronok gi Batu Pahat????"  kita pun jawab ngan suara kuat memang nak bagi suami kita dengar.... "Seronokkkkk, seronokkkk sangat, dok kat tepi padang berejam2... pastu terus balik rumah... dapat penat je..."






Wednesday, 1 May 2013

Selamat Hari Buruh Olz!

Bagi pekerja2 buruh cam kita ni, weekend adalah hari yang dinanti2.  Ohhh sangat heaven.  Bila start kerja je hari Isnin, selak diari dulu, tengok apa cuti percuma yang didapati bulan ini.  Hahahahah every monday harus cenggitu. Walhal dah tau bulan tu non hada cuti, tapi hendakkk sangat selak. Heiii my job description okey... pffttt!

Hari ini ada cuti percuma kan? 1 Mei Hari istimewa untuk buruh2 kasar cam kita ni.  Heaven sangat....

Pagi2 buta dah kejut anak2 suruh bersiap siaga apa yang perlu. Well mana lagi kalau tak berendam kat Kolam MPJBT.  Acara ni sebenarnya lebih kurang  acara mingguan.  Ianya amat bersesuaian ngan kami2 ni yang kampung hanyalah sejengkal je dari mata.  Lagi pun dah 2 minggu tak berendam.  Ibtisam pun dah naik meroyan je, kat rumah pun bantai pakai baju mandi.  Mana taknye, si ibu mithali bz panjant gunung.  Mahaplah ye anak2. 

So acara pagi dimulakan dengan bfast terlebih dahulu.  Kita kalau nak berendam memang tak amek bfast berat, cuma secawan oat sahaja.  Tapi En. Suami n Danial bedal nasik lemak dulu.

Sampai kat kolam MPJBT tu awal sangat2nya.  Orang baru nak bukak pintu kami2 dah tersengih sumbing masing2 ngan swim attire.  Me?? opcozlah kat luar kita pakai t-shirt ngan track, kang dah kat dalam baru le kita tanggal je baju luar.  Belah dalam dah sesiap sarung baju renang.  Nooo.... kita tak pakai yang seksi tu.. kita pakai yang muslimah punye.

We olz berendam menyental daki tak lama dalam jam 11.15 langit sudah bertukar gulap gulita.. Wuuiii berlari2 anak pegi mandi n tukar baju.  Skang ni kat Johor pesen hujan tengahari/petang.  Kaw2 siap petir guruh bagai.  Alhamdulillah sejuk skettt.

Okeh layan gambo plak ye..

Ini gambo mandi bulan lepas.  Skang ni dah tak terawa nak amek gambo.  Dah selalu beno kan.  Inilah si Ibtisam yang pantangggg kalau seminggu tak jumpa air.  Dia punye meroyan sampai kita rasa Pegi Berendam Dalam Baldi sana!!   Kolam MPJBT ada 4 kolam.  2 kolam kanak2, satu kolam wanita dan satu kolam lelaki dan juga 2 playground untuk budak2.  Sekali masuk mandi atau tak mandi adalah RM3 perhead.