Wednesday 16 October 2013

Jalan2 Ke Batu Pahat Part 2

Last week before dah gi Batu Pahat, 5hb Oktober pun kita orang pergi lagi.  Nak pi Stadium Batu Pahat lagi ngambek si Danial.

Tapi pengajaran telah mendewasakan, kali ini kita tak bawak lansung bekalan.  Penat je prepare sudahnya budak2 bukan makan pun. Cemana rupe bekas tu masa pergi, cenggitu jugaklah rupenye masa bawak balik.  Luak pun stakat sket2 je.

Before keluar rumah, kita dah sumbat mulut Kristal, Zara n Ib nasik lemak.  Tapi on the way kita singgah jugak ke pam minyak beli roti n air vitagen.  Standby katanyaaa takut peristiwa lama berulang kembali, tak pasal perut masuk angin kang.

Bertolak jam 11 pagi dan sampai disana jam 1.30 petang.  Kali ini tak turun lansung dari keta, main tunggu tepi padang, game pun dah habis, tepon coach minta Danial datang tepi padang.

Danial cakap dia nak balik naik bas, pastu AbangSayang cakap "Ayah nak jalan2 ni, kalau tak nak ikut pergilah naik bas"

Wahhh syokkk ooohhhhh nak jalan2 kat Batu Pahat.  Kira2 7 tahun lepas area Batu Pahat ni kawasan permainan suami kita, sebab dia selalu naik ke BP atas urusan kerja.  Tapi dalam tempoh 7 tahun macam2 dah berlaku kan, so jalan2 tu dah tak berapa familiar sangat.  Singgah sekejap kat masjid, solat.  Kita cuti, so kita dok je dalam keta, sambil tu perut ni dah berkeroncong, pagi tadi kita makan oat je.   Sambil2 tunggu kita makan roti seketul.  

Usai solat, start jalan suami kita ni dok cakap tak berapa ingat jalan nak ke pusat bandar.  Sambil pusing2 tu dia asik cakap tak ingat jalan ke pusat bandar, tak ingat shopping complex belah mana.  Dah 5-6 kali asik ulang dialog yang sama penyudahnye kita tanya "Abang nak pegi shopping complex ke?" bleh pulak dia jawab "eh tak lah".  Thennn apa motif awak ulang2 ayat yang sama je??? confuse kita.  Kita pun tak hingin nak pegi shopping complex sebab kat JB ni pun bersepah.  Shopping complex kat JB ni pun jarang pergi apa hal plak nak pegi shopping complex kat Batu Pahat.

Tetiba AbangSayang cakap "Makan dululah.  Korang nak makan tak? Lepas ni jalan dah takde berhenti2 tau, kalau tak nak makan silakan lapar".  Berhenti kat satu restoran, nama kedai dia tak silap Razak Noor (cawangan Restoran Noor).  Tapi yang handle dalam tu cam type mamak2.  Kita ni tak kesah restoran mamak ke, kelantanese ke, siamese ke janji halal kita masuk.  Dah turun ni, anak2 pun dah turun nak masuk kedai.  Bleh pulak suami kita tu patah balik masuk kereta sambil cakap "mamak laaaa, boleh ke?" ishhhhh yang tak boleh tu awakkk... kami2 ni sumer okey jeeee.  Suami kita tambah lagi "Takut kari dia kari semalam laa" 

Kita rasa macam nak tutup muka je... kalau awak tak nak makan kari janganlah makan kari, makan lah mende lain.  Lagi pun dia dah tulis dia ada jual nasi beriani kannnnn.

Tak jadi makan.... tak jadi makan kooooooooooooooooooooo.  Masuk balik dalam keta.  Anak2 sumer masuk balik dalam keta.  Jalan lagi, jumpa restoran, haaa yang ni memang betul2 punye mamak.  Tak mauuu jalan.  Skali lalu depan gerai orang jual goreng pisang.  Tetiba suami kita mengeluarkan idea yang sangat2 tak terpk oleh akal kita.  "Goreng pisang nak tak?"  kita tengok je muka suami kita.  Jam 2.30 petang tak makan nasi lagi, dia nak soh kita anak beranak ni hadap goreng pisang.  Mana ada orang dalam dunia ni makan pisang time lunch bang oiii.

Tak peee sabo... sabo.. kita dah agak mende nak berlaku, nasib kita dah makan roti buat alas perut.  Padehal tadi dia yang beriya ajak makan, siap ugut kalau tak makan nanti lapor sepanjang jalan.

Maka belilah suami kita goreng pisang RM2.   Yeee RM2 je untuk 6 orang.  At last si Kristal sorang je yang habiskan goreng pisang tu, suami kita makan dua ketul.  Kita lansung tak makan.  

Start dah jalan nak menghala ke JB, nampak gerai, kita cakap ngan suami kita, "tu ada gerai laa"  ewahh bleh plak suami kita cakap "haahlah gerai" astaga.... bang! awak ingat kita tunjuk kat awak kuda ke? kambing ke? yang awak buat ulasan cam tu? Tak berhenti punnnnn terus jalan lagi.

Hadoiii sakit pulak hati kita ni.  Apa motif ko bawak kami2 ni berjalan2 bang oiii.  Pada kita kalau nak berjalan2 tu kene ada pakej, lengkaplah ngan makan2 skali.  Ini stakat duduk dalam keta for long journey then dah sampai patah balik.  Apa ke pesen berjalan ni???  Dalam perjalan balik tu terserempak ngan restoran kat tepi2 jalan sebak rasa hati kita. Kita ni bukan nak makan sangat pun, tapi kita rasa cam.. apakah bentuk jalan2 ini? At least kalau singgah tu boleh laaaa duduk sekejap, borak2 sebelum meneruskan perjalanan. Barulah happening kan... tenang2kan fikiran.  Ini... masuk keta, sampai tempat dituju, patah balik.  Hadoilaaa.  Terus kita takde nafsu nak bercakap.  Kita diam je, walaupun AbangSayang berborak ngan kita.  Hehehheh maaflah ye bang.  Hati I terguris u.

Tiba kat Rengit skali kita terpandang signboard Taman Rekreasi Tanjung Punggor.  Kita bagi tau suami kita, nasib dia pun teringin gak, terus kita menuju ke situ.  Tempatnya takdelah best sangat, ombak kuat.  Dah dihadang ngan tembok pun ombak dia stil boleh masuk jugak.  Kat tepi2 tu ada gerai2, dok le kami2 melabuhkan punggung kat situ.  Nasib nampak signboard, kalau tidak memang tak jamah nasik. order nasi gorng cina satu1, nasi goreng kampung satu, fish n chip satu.  Tapi rupe kedua2 nasik goreng itu adalah sama.  Cuma satu pedas satu tak pedas.  Hishhh pemalas betul tokeh restoran ni.  Nak sampai order punyelah berejam, mementang order nasi goreng kampung, haruskah ko balik kampung dulu untuk mentanak nasik?  Berejam pun at the end nasiknye rupenye sama.  

Dah kat situ baru laaa perasan kita back to normal.  Pada kita kalau jalan2 mestilah singgah mana2 cuci2 mata.  Kalau setakat pergi, sampai pastu patah balik bukan jalan2.  Tu namanya nak pergi amek anak je.  Lengkali malas lah nak ikut. Pffttt 

Tak banyak gambo kita ambil.. layanlah gambo pulak ye.. dah penat makhencik ni bebel.

Ni la rupa stadiumnye

Tiga orang yang selalu menjadi mangsa keadaan heehhehhehe nasib laaa

See ombak dia kuat, w/pun dah ada penghadang still air dia boleh naik lagi
Zahra bagus tak merayap2 asalkan tablet ada disisi.  
  
Pengakhiran cerita dengan hero yang tumbang.

No comments:

Post a Comment