Thursday 17 October 2013

Makan2 ulangan

Masa Danial berkampung kat Pasir Gudang, we olz secara senyap2 telah pergi makan seaafood di Tanjung Kupang.  

Dan disebabkan rasa bersalah makan2 tanpa kecukupan seorang anak, maka kita orang pun ulang tayang lagi pergi ke makan2 di Tanjung Kupang.  Ni dah kali ke berapa tah aku makan kat sini.  Tapi untuk tahun ni baru dua kali.

Restoran ni nama dia Restoran Yeo Sekeluarga.  Aku tak tau kenapa nama dia cam tu.  Restoran ni terletak mengunjur ke atas laut.  Kali pertama pergi masa tu air tengah pasang.  Takut jugak aku tengah sedap2 makan tetiba bersila je dalam air.  Selisih...

Masa kali pertama we olz pergi dalam bulan September 2013.  Ada kejadian berlaku.  Tapi bukan kejadian seram laaa.  Kejadian yang agak memalukan, tapi bukan pada we olz sefamili.  Ada satu family ni tak tau dari mana, lebih kurang 10 orang lah campur mak bapak n nenek serta anak2 dia.  Dorang request meja besar sket, so pekerja pun tepek je meja yang besar sket atas meja yang sedia ada.  Pastu customer tu minta meja tu di alas.  So pekerja yang separa perempuan separa lelaki ni boleh dia hamparkan plastik kaler merah, material dia cam sama plastik bising yang kalau berbelanja kat kedai2 gerenti dapat percuma.  Alas kalau semenggah tak apa, ini siap gelembung2 bubble.  Dia jadi bubble sebab plastik tu di ikat bahagian bawah meja.  Bubble tu plak kalau budak duduk memang tak nampak muka, kalau orang dewasa duduk memang paras dada bubble tu.  Aku budget kalau letak air pun leh tumpah sebab tak level.  Customer tu minta tukar alas meja yang proper sket, pekerja yang separa normal ni tak moh tukar, dia berkeras cakap biasa memang pakai yang macam tu.  Terus customer tu melenting cakap kalau awak tak nak tukar, saya tak jadi makan disini.  ehhh pekerja ni tetap jugak ngan keras kepala dia.  Kot ye pun nak pakai plastik merah tu, tak perlu lah ikat, atau pun kalau ikat, ko kuarkan bubble tu.  Ini tak semenggah sangat rupe dia.  Pekerja tu pun lupa.. customer is always right.  Ish ish ish.  Kalau jadi kat we olz mesti laki den pun sound cenggitu jugak.  Penyudahnya customer tu satu family bangun tak jadi makan.  Datanglah satu lagi pekerja yang nak settlekan keadaan, dia tolong bukakkan alas meja bising tu.  Tapi sayang nasi dah jadi bubur, customer sudah kecik hati maaa.. tak pasal ko dah kurang masyukkk.  

Kejadian ulang tayang adalah pada 11 Oktober 2013, Jumaat malam Sabtu.

Layankan gambo ye.

Ibtisam panggil ketam ni Udang Besar.  Bleh???

Ai is tak minat ketam ni.  x minat seafood, tapi layankan aje.

otak2 gemuk yang rasanya pelik sebab ada daun cekur, tapi sedap

tukang sponsor  sedang melayan tablet

Otak@ Gemuk dan sedap

Ibtisam ni susah kalau suruh makan.  Stakat makan kopok je.  Nasi adalah 3-4 suap je

Abang Danial

Tak habis pun tapau bawak balik.  Now dah masuk tong sampah.

Udang dan sotong goreng butter, tomyam, ikan masam manis, telur dadar  

Gendang gendut tali kecapi kenyang peruttt... balikkk!!!

No comments:

Post a Comment