Tuesday 1 October 2013

Sampai depan pintu dihantarnya

Dulu masa heboh2 orang dapat tong sampah percuma kita orang suami isteri pun kecoh2 jugak nak ngambek bila tiba notisnya di rumah.  Skali bila tengok time nak ambil tu dari jam 6 petang sampai jam 9 malam je.  Kita sampai rumah around jam 7.  Kalau balik nak singgah amek tong tu, mana pulak nak di letakkan.  Seat belakang dah budak2 penuh duduk.  Kat bonet.. isk.. mana boleh masuk tong yang tinggi beroda tu.  Time tu belum beli 'gajah' lagi.

Penyudahnya rumah orang lain dah ada tong sampah baru, rumah kami masih lagi guna tong sampah itam yang pendek tu.  Sampai dah tutup tarikh untuk mengutip tong sampah, kami tak ambil2 pun.  Terus aje suami isteri redho, takde tong sampah percuma. Heheheeh.

Tapi semalam, around jam 10 malam, kita sedang sidai baju sambil bertemankan si Zahra, yang lelain alhamdulillah dah ketiduran.  Skali ada lori dari SWM.  Enjin lori tu kemain kuat lagi bunyiknye.  Berhenti betul2 depan rumah kita.  Dah le malam, kat luar tu gelap.  Dalam hati ni berkata, ehhh sapa plak yang nak pasang khemah?  Ada jiran nak buat kenduri ke?  Tong sampah yang disusun dalam lori bertingkek2 tu kelihatannya persis kerusi plastik.

Pastu sorang staf SWM parking tong sampah SWM tu betul2 depan pagar kita.  Dia selitkan surat kat penutup tong.  Masa tu kita sedang sidai baju, kita buat2 cam tak nampak jelah.  Segan pun ye, sebab orang dia ramai, pastu adalah dalam 5 - 7 minit dia kat depan rumah kita, dengan gelentang gelentung turunkan tong.

Elok je dorang pergi, terus kita amek kunci dan mintak tolong si Zahra tarik tong SWM tu masuk.  Kita amek surat tu dan baca, antara isinya adalah KAMI TELAH MENGHANTAR TONG SAMPAH SWM KE KEDIAMAN SAUDARA KETIKA SAUDARA TIADA DI RUMAH.  KAMI TELAH MENGAMBIL GAMBAR SEBAGAI BUKTI PENGHANTARAN TELAH DIBUAT.

Heehehehheheheh, serius amat sampai nak ambil gambo.... gituuuuu begitu telus SWM ni, sampai mana2 penduduk yang belum collect tong sampah, terus dorang hantar sampai depan pintu.  I sukala perkhidmatan yang cekap dan cepat ni.  Takde pun dorang bagi alasan "awak tak dapat?? sapa suruh tak amek masa pengedaran dibuat?"  bagusla kita puji keadilan yang mereka berikan.

Terima kasih SWM, hantar tong diwaktu malam.  Sampai ke rumah kita awak2 sumer hantar. Pekerja2 nanti bolehlah claim overtime ye.

amboiiii melampauuuu bukan cam ni tong sampah yang akak dapat

Lebih kurang beginilah rupenye...




Cer tengok.. cer tengok kita punye ada tulisan.. awak punye ada tak?? hehehehehehehh sekadar gambar hiasan.

*kesemua gambo di atas adalah ihsan tuan google

No comments:

Post a Comment