Sunday 20 October 2013

Pandang aje ye..

Hari Jumaat hari yang dinanti2kan sebabnya Sabtu tak kerja.  Sangat best tau bila kita ditempat kerja dan memikirkan wahhh esok tak bekerja... bestnye..bestnye..bestnye..

Ini kalilah mau tepek gambar makanan

Sup tulang kambing
Alhamdulillah rezeki raya haji, kawan suami kita bagi daging + tulang kambing. Rasanya tulang ada 9 ketul, daging ada 3 buku sebesar penumbuk.  Takdenya kita nak simpan2 nak carry forward untuk masak tulat atau tubing. Khamis malam Jumaat terus kita rebuskan.  Suami kita tak ada dia pegi Sri Gelam sebab si Danial ada latihan bola.  Bila dah siap terus kita mms gambo ni pada suami kita.  Tapi tak berusik pun sup ni.  Sebab suami kita balik dah malam sangat.  Kalau dah malam sangat dia memang takkan makan.  So esok pagi, kita bahagia dua, anto rumah mak separuh, and masuk peti ais separuh.


Mee goreng
 Ini adalah menu sarapan pada hari Sabtu.  Bukan tu aje.. ada lagi menu selingan.


Nasi impit goreng
 Kita rebus 10 ketul nasi impit untuk makan ngan sup tulang kambing.  Luak 5 ketul je, so ada baki 5 ketul, lantas sebagai ibu yang proaktif, maka kita telah transform dia menjadi nasi impit goreng.


Peria Goreng
 Haaa ini my feberet.  Kalau peria katak tu kita tak goreng, kita just basuh2, belah n buat ulam je. Tapi ni bukan peria katak, ni peria bapak katak sebab dia beso kan.  Goreng n terbalik2 je.  Masak separuh je batang je.


Kari ayam
 Kari ayam terkering sebab kita tinggalkan dapur sambil menyambil ngajo anak maths.  Walau kita dah kecilkan api still dia nak kering jugak.  Nasiblah tak masin.


Bubur kacang in the making
Haaaa heibaaat kan.. belum zohor lagi menu untuk makan petang dah siap.  Hahahaah.  Kita memang siapkan awal2 sebab kita nak rehat awal, petang kita nak golek2.  Kalau rasa nak bubur panas kita tinggal hangatkan je.

Kesemua makanan adalah hidangan hari sabtu kecuali sup tulang.  Lupa pulak nak tangkap gambar menu hari ahad, kacang buncis goreng sama asam pedas ikan merah.

No comments:

Post a Comment