Monday 23 September 2013

Tear drop n Antibiotik

Lupa pulak nak tepek gambo ubat mata yang kita gunakan selepas prosedur lasik tu.

Okeh selepas rawatan lasik mata kita akan kering.  Bila kering of cos mata kita akan rasa tak selesa dan sedikit kabur.  Dalam tempoh sebulan patient perlu menggunakan air bulu mata palsu bagi mengelakkan mata kering.  Dari hari pertama hingga ke tujuh, tear drop ni perlu diletak 30 minit sekali.  Selepas hari ke tujuh bolehlah diletak 1 jam sekali atau bila2 yang dirasakan perlu.  Menurut kata doc dari 1 - 3 bulan selepas lasik mata kita akan kering dan vision tu tak 100% clear, tapi akan meningkat day by day sehingga 3 - 6 bulan.  Untuk pemandangan biasa kita rasa okey, tapi bila guna pc ada sedikit kabur.  Now pun kita dah rasa banyak perubahan.  Kalau first week bekerja tu kita rasa  cam blur2 je bila pandang komputer.  Ni dah second week bila tengok komputer tu adalah peningkatan vision dari last week.


Ingat bulu mata je ada pelesu ke? heheheh air mata pun ada pelesu tauuuu.... 



Antibiotik ni plak tugas dia adalah melindungi mata dari sebarang jangkitan.  Untuk first 12 hours kita kene gunakan 2 jam sekali, after that kita kene gunakan 4 jam sekali selama 7 hari.  Memang antibiotik ni ngam2 je kita guna 7 hari dia sudah habis.

TobraDex

Perkara yang perlu diingat untuk 7 hari yang genting adalah, JANGAN jangan dan JANGAN masukkan air paip dalam biji mata.  Ini kerana di khuatiri kandungan klorin dalam air dan bakteria di dalam air paip itu sendiri akan menyebabkan jangkitan dan kerosakan pada mata yang akhirnya akan membawa kepada kebutaan.  Gosok mata pun JANGAN! Sebabnya kornea mata yang ditoreh tu tidak di jahit.  Kalau digosok kang terselak pulak lapisan korena tu.  Huuuiii urut dada...

Okeh kos untuk buat lasik ni bermula dari RM2900++ dan paling tinggi adalah RM5000++.  Tidak pernah melebihi dari harga yang tertera.  Lagi nipis kornea mata, lagi tinggi harganya.  Tapi tak pernah melebihi RM5500.  Ketebalan kornea yang paling cun adalah 570 mikron, tapi mata kita hanya 517 mikron.  Sebab itulah kita kene charge RM4,892.  

Sebenarnya masa kita di form 3 kita dah terpikir pasal teknologi memulihkan rabun mata ni  Masa tu tahap rabun mata kita adalah 600.  Kita dah terpikir mesti ada somehow cara untuk memulihkan rabun,  Masa tu kita dah terdetik dalam hati, mesti laser boleh memulihkan rabun mata,  cumanya lagi kita tak terpk bagaimanakah rupa bentuk mesin tersebut. heheheheheh

Alhamdulillah segalanya selesai sudah.  Kalau Kristal dah umur 20++ kita rasa nak laserkan mata dia juga.  

No comments:

Post a Comment