Sunday, 1 September 2013
Hampir sebulan tanpa rasa bersalah
Hadoii aii.. setelah hampir sebulan makan makan makan dan makan tanpa sedikit punnnn rasa bersalah. Heheheh... Masa pose kita menahan segala gejolak nafsu... then raya makan makan makan... sambung pose ganti n pose 6, then bila settle makan makan makan dan makan lagi dan lagi dan lagi.
Baiklah hari ini dah 2 September, maka saya mengisytiharkan untuk kembali menjaga kesihatan semula. Badan nak pakai lama kan..
Oh ye.. saya gagal menempatkan diri ke Kinabalu. uwaaa sedih.. sedih.. W/pun saya ada merasa sedikit keraguan ngan peserta2 yang terpilih... tapi saya redhakan jua. Saya tidaklah sehebat mereka. Walaupun saya tak pernah skip latihan dan ujian, tapi kelibat saya tetap tak ada dalam mata urusetia. X pelah bukan rezeki saya kali ini.
Okey kita dah tersingkir, maka kita dengan ini ingin mempercepatkan rawatan untuk lasik mata. Kita nak lasik dari awal tahun, tapi terpilih plak untuk join group kinabalu quest. Kalau lasik mana boleh buat aktiviti yang boleh beri tekanan pada mata, so kita hold dulu sehingga dah dapat keputusan sapa yang berjaya pergi.
Inshaa Allah 7hb ni kita buat test untuk tengok ketebalan kornea n kesesuaian untuk menjalani rawatan ini. Please doakan yang terbaik untuk saya. Takut tapi nakkkk buat sesangat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment