Monday 18 November 2013

Hilang di Villa Nabila

Smalam pagi2 datang opis sambil cek email, sambil menyambil on fb.  Terbaca kat Wujud Paranormal berkaitan kes 30 orang masuk Villa Nabila, tapi 7 je yang selamat, selebihnya 23 lagi hilang atau dalam erti kata ghaib di so called Villa Nabila.

Okeh nak bagi tahu dulu, villa tepi jalan mengadap ke laut tu BUKAN Villa Nabila.  Villa tu namanya Christine Villa.  Villa Nabila letaknya kat bahagian belakang.  Kat kawasan sebesar 4 padang bola sepak ada 3 bungalow so salah satunya dipercaya Villa Nabila.

Tapi kita tak salahkan orang luar dari JB ni memanggil Christine Villa tu sebagai Villa Nabila sebab theyolz tak tau.  Hatta  anak2 muda JB ni pun tak tau yang itu Christine Villa sebab zaman dorang membesar villa tu dah terbiar sepi.

Christine Villa ni dulu cantekkkk.  Tiap kali lalu tepi laut memang rumah2 tepi laut tu menjadi tumpuan kami adik beradik.  Siap pasang angan2 napalahhhh rumah tu bukan rumah kita.  Selain Christine Villa yang menjadi idaman kita, ada satu lagi bungalow yang dinding rumahnya di corak seperti sisik ikan.

Christine Villa berhantu?? ekceli sepanjang tepi laut memang banyak juga bungalow2 yang terbiar kosong tak berpenghuni, and ada several yang agak keras.  Cuma Christine Villa ni je yang tak berjaga yang lain sumer masih cantik lagi.

Smalam sumer orang yang nak ke JB mendapat hadiah jem dari M Suite menghala ke bandar.   Macam ada pesta kat situ.  Kita rasa kalau kita jual air cedok2 atau eskerim mesti laku gilaaaaa. Heheheheeh.

Masa awalnya kesian ngan mak budak tu, cemanalah rasa hati seorang ibu berdebar2 menanti berita anaknya, macam2 ikhtiar dibuat.  Tak kurang juga ngan orang yang bijak pandai siap azan dalam kawasan rumah tu.  Tapi hujung2 budak tu ditemui di Flat Desa Mutiara bersama dengan makwenye.  Apa yang dia buat wallahualam.  Err kediaman tu milik siapa ye???

Ish ish ish... hampeh betul.  Hai dek, napalah ko buat perangat cam tu ye... syukur banyak mak awak tak lumur awak ngan garam bila jumpa.  Ish ish ish... bukan satu Johor, malah satu Malaysia gempar tau dengan kehilangan awak.

Hish.. macam2 spekulasi berlaku sebelum cerita benar tersingkap.  Sapa nak bayar OT anggota polis yang terlibat?  Speechless ngan kelakuan budak tu.  Sian mak dia, sebelum tu siap cakap anak dia seorang yang baik... Err merayau tak balik rumah sampai jam 3 pagi tu... Ye lahhh mak mana yang nak cakap anak dia jahat kan.

Semoga adik tu diberi hidayah selepas kejadian ini.  Jangan nakal2 lagi ye dek.  Oh ye... kalau nak baca cerita pasal hilang di villa nabila silalah ke blog mazidul 

Christine Villa sewaktu masih cantek lagi.  

Nowadays

Entrance

No comments:

Post a Comment