Thursday 2 May 2013

Ujian Fizikal 1: Gunung Panti

Haaa ni dia berita pasal pendakian Gunung Panti.  Kalau tak silap kita paper ni keluar pada 26 April 2013.  Kalau mata tu tajam, cer lah cari kita yang mana satu. heheheheheh.  Ni sebahagian peserta je, ada lagi separuh yang tak sampai lagi.

20 April 2013.  Ujian Fizikal Part One.

Seperti yang sedia maklum ini adalah sebahagian dari ujian untuk melayakkan kita merebut tiket untuk mendaki ke puncak Kinabalu yang dijadualkan pada 1 - 4 Oktober 2013.  Setiap peserta yang hadir pada latihan mingguan akan mendapat 2 point.  Siapa yang berjaya mendaki sampai ke kemuncak akan menerima 4 point.  So ujian ini dilakukan untuk mengumpulkan point2 yang ada.

Kita biasa dengan jungle tracking, night tracking, tapi hiking ni.. ini merupakan pengalaman pertama.

Kita bangun seawal jam 5 pagi.  Siap2kan sarapan n lauk pauk untuk  makan tengahari anak2 n En. Suami yang bakal ditinggalkan di rumah, sementara si isteri pergi menyahut seruan alam rimba.  Heheheh.

Tepat jam 6:40 pagi kita pun bertolak dari rumah.  Kita mintak tolong suami kita hantar kita ke Laman Menanti.  Sharp2 jam 7:00 pagi kita pun sampai.  Bas dijangka akan bertolak pada jam 7:00 pagi.  Tapi bas non hada lagik.  Bersalama2an ngan kawan2 dulu, bersembang2 sket.  Tengok dorang punye persiapan.  Fuiii mak ai.. ngan backpack yang siap ada air lagik.  Ngan tongkat kemain lagik.  Kita?? hehehehe hanya beg notebook pinjam sedara kembar punye, tapi notebooknye tak ada, kita dah ganti ngan sepersalinan pakaian dan 2 botol air yang setiap satunya berisipadu 1500ml.

Bas bergerak tepat jam 7:30 pagi.  Gunung Pantiiiii!!!! Aku datang!!!! heheheheheh.  Jiwa raga tak sabau2 rasa nak meneroka ke alam semula jadi.  Padehal awak tu tak tau apa yang bakal awak tempuhi sat lagi. 

Bas selamat tiba di Kota Tinggi dan   ketua kami En. Hamid melaporkan group kami  kat  Balai Polis Batu Ampat.  Papehal kene report dulu. Kang buat ada kejadian tak diingini blehlah anggota penyelamat datang cari we olz.  Kendian, isi minyak dulu.  Disebabkan akan kehilangan kalori yang agak banyak sebentar saja lagi, maka saya telah membedal nasik lemak bungkus beserta telur dadar yang telah diracik2kan.  Hemmm jari telunjuk saya lagi lebar rasanya.

Gitu gini begitu begini jam 10:00 pagi kami start pendakian.  Seramai 60 orang peserta kesemuanya.  Masa memula sampai di kaki gunung, group kami disambut oleh seekor anjing hitam.  Mulanya kita ingat dia nak buat serangan hendap ke hapa. Tapi jangkaan kita meleset.  Anjing tu bukan main ceria lagi berjalan di baris hadapan.  Seolah2 dia memanggil2 dan berkata "woiii lajulah skett! ikut sini... ikut sini".

Satu jam pertama kami masih lagi berjalan dalam kumpulan.  Mengharung anak sungai yang sejuk sangat mendamaikan.  Kami dijadualkan akan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai di kemuncak Gunung Panti.  Jam kat tangan saya menunjukkan jam 11:30 pagi.  Masa ni group dah mula berpecah.  Yang begitu bersemangat waja telah mendaki jauhhhh di hadapan.  Manakala yang  cuba menggigihkan semangat untuk terus mendaki jauhhhh di belakang.

Di manakah saya?? Saya berada di tengah2.  Adakalanya saya bersendirian.  Adakalanya saya terserempak dengan orang2 yang mendahului saya.  Mendaki bersama group yang kecil. Lama ke lamaan saya kembali berseorangan.  Ada ketika saya duduk sebentar di celah akar pokok, ada ketika duduk di atas dahan2 yang tumbang.  Ada ketika saya duduk dalam semak2.  Hehehehe menghilangkan lelah buat seketika.  Dalam fikiran saya tak terpk langsung binatang2 buas yang ada di dalam hutan.  Hanya satu yang ada dalam pikiran saya.  Puncak Gunung Panti.

Disebabkan ini merupakan pendakian saya yang pertama.  Saya hampir give up.  Sambil mendaki berseorangan saya terpk untuk memberi kata putus, "this is my first and the last time.  I'll never do it again" Rasa kecewa ngan dengan diri sendiri.  Begitu mudah untuk mengalah.  Energy bagaikan tiada.  Saya koyakkan Snickers.  Makan sedikit, dan saya masukkan semula dalam beg. Mengharapkan tenaga kembali bersisa. Saya teguk botol air suam yang telah saya campurkan dengan hirisan lemon.  Fuhhh sangat lega membasahi tekak.  Kalau diikutkan hati mahu saya habiskan sebotol air tu.  Tapi bila dipikirkan dimanakah tempat hendak ku halakan sisa buangan ku ini nanti?  Mana ada tandas di tengah hutan belantara.

Bila degupan jantung sudah kembali normal, saya bangkit meneruskan langkah kaki menyelusuri denai2 yang ditinggalkan oleh teman2.  Sambil mendaki saya tidak berani untuk memandang ke atas.  Saya hanya memandang di tempat mana yang kaki saya akan berpijak.  Tidak sanggup hendak memandang ke depan.  Lagi jauh pandangan saya ke hadapan, lagi jauh saya rasa untuk menggapai impian.  Saya rasa semakin tinggi pandangan saya ke atas, seakan2 rimba raya mengejek2 kemampuan saya.  Satu masa saya terasa biarlah saya berhenti di tengah2 jalan ini, dan saya akan ikut turun bila mereka terserempak dengan saya.  Sambil duduk di celah2 daun2 yang terkumpul dengan banyaknya, saya reda andai ada pacat2 nakal yang berkehendak sangat dengan darah saya.  Tapi pelik, tak seekor pacat pun yang saya nampak.

Badan tak larat, tapi fikiran kata BANGUNNNN!! BANGUNNNN!! Stamina saya memang benar2 teruji.  Saya melangkah lagi, sehingga satu ketika saya seolah2 macam hilang jejak yang ditinggalkan oleh rakan2.  Saya berpatah balik semula, nasib saya baik kerana terserempak dengan En. Hamid yang memang sangat prihatin ngan peserta2 yang kurang bertenaga.  Saya beriringan dengan En. Hamid.  Saya rasa lebih 3 kali saya tanya dengan beliau... "jauh lagi ke En. Hamid??"  Jawapan yang diberikan adalah "lagi jauh kalau hendak berpatah balik" hehehehheheh kata2 beliau memberi semangat pada saya.

En. Hamid mendahuli saya, sekali lagi saya tinggal seorang.  Saya pandang ke atas,  gunung yang di daki semakin meninggi.  Saya tak berani hendak memandang ke depan lagi, kerana saya tau kalau saya terus memandang ke depan semangat saya akan terus hilang.  Saya kembali memandang ke bumi dimana kaki saya akan berpijak.  Terus dan terus lagi.  Akhirnya saya tiba di susunan batu untuk ke kemuncak panti.

Seperti yang dimaklumkan oleh En. Hamid, tembok batu yang akan didaki mempunyai kecondongan 90darjah.  Bererti tegak berdiri.  Dengan menggalas beg yang hanya berisi sepersalinan baju dan tinggal satu botol air yang berisipadu 1500ml saya rasakan ianya seakan2 beban yang sangat2 berat.  Silap2 kalau duduk saya boleh terbalik ke belakang.  Heheheheh.

Fikiran saya tertanya2 bolehkah aku panjat batu yang setegak ini?? Saya pernah buat flying fox dan repailing sebelum ni.  Tapi flying fox dan repailing dengan safety belt dan helmet.  Skang ni no helmet, no safety belt.  Yang ada hanya akar2 pokok dan juntai2an tali yang tersedia di pasang.  Bererti kalau jatuh ke bawah memang akan terus masuk ke gaung. 

Dalam pada hati dan fikiran berperang sesama sendiri, kaki saya melangkah memanjat tembok2 batu yang tersergam indah dengan sedikit arahan2 yang diberi oleh urusetia.

Alhamdulillah!  Akhirnya saya sampai juga di kemuncak.  Maha Suci Allah, indah sungguh pemandangan di puncak.  Hilang segala penat lelah, hilang segala perasaan untuk menarik diri.  Syukur.. dalam tempoh 2 jam 30 minit saya berjaya sampai ke puncak.  Cepat 30 minit  dari jangkaan masa yang di beritahu oleh ketua kami.

Tak banyak gambar yang sempat saya ambil.  Sebab tak sampai 10 minit saya tiba di puncak, langit dah mendung gelap gelita.  Angin bertiup kencang.  Kami semua segera menyimpan barang2 keperluan dalam beg plastik.  Saya pun cepat2 sarung baju hujan.  Duduklah kami di puncak dalam hujan dan angin yang kuat.  Sejuk memang teramat sejuk.  Saya tak berselera untuk menjamah makanan.  Hanya makan sandwich sardin saja seketul.  Yang lain2 makan nasik berkuahkan air hujan heheheheh.  

Sedang menghilangkan penat dan lelah, tiba-tiba seorang staf beritahu kameraman kami tak leh bergerak, kerana ada ular melengkar di atas bag sandang yang dipakai.  Kelam kabut juga En. Hamid nak menyelamatkan anak buahnya. Tapi En. Hamid banyak pengalaman, beliau berjaya menangani masalah dengan sekelip mata sahaja.

Dalam tempoh sejam juga kami berada di puncak.  Bila hujan reda sedikit, kami mula beransur2 untuk turun.  Sesungguhnya memanjat tembok batu itu lebih mudah. Heheheheheh.  Kami dan semua orang turun dengan sedikit susah payah.  Namun berjaya dengan zero kecederaan.

Hujan lebat mengiringi perjalanan turun ke kaki gunung.  Alam menyaksikan 3 kali saya terduduk dan satu kali saya terlungkup.  Denai menjadi  licin disebabkan hujan yang lebat.  Kami mula turun pada jam 1:40 petang dan berjaya tiba ke kaki gunung dengan selamat pada jam 3:40 petang.  Berkumpul semula dan bergerak ke masjid untuk membersihkan diri.

Alhamdulillah, walaupun penat tapi kepuasan menakluki Gunung Panti menghapuskan segalanya.  Pada saya pendakian Gunung Panti ini bukanlah satu pertandingan siapa yang cepat sampai atau siapa yang lewat sampai.  Setiap yang berjaya ke kemuncak akan tetap mendapat 4 point jika sampai dalam tempoh 3 jam.  Pengalaman ini mengajar kita erti kesabaran, jangan kenal erti putus asa.  Selagi ada daya Usaha!!! Pasti membuahkan hasil.

Ehhhh... awal2 kita bahasakan diri "kita" dan tengah2 jadi 'saya' pulokk... hahahah takpe.. itu tidak lansung mengganggu penceritaan.

Okeh.. layan gambar pulak ye..
Semua peserta diminta mengambil tempat duduk masing2 dan jangan bising

Muka masih lagi cantik masing-masing.

sila longgarkan otot2 kalian ye...

Kami sudah bersedia kapten!
60 orang peserta, 58 berjaya sampai ke puncak

uuiiihhhh ketaq lututtttt
  
Hellow nature.  Sebelum berpecah2.

sudah hampir ke puncak

merasalah jadi tarzan
Sila ambil nombor giliran ye.  Jangan rebut2.

Melepaskan lelah di atas puncak
Subhanallah.  Indahnya. Sebelum hujan.

Idaman Kalbu

Inilah anjing yang follow naik n turun. Tapi dia tidak mengganggu

No comments:

Post a Comment