Monday 6 May 2013

3 - 4 jam je sehari

Sejak kita menyandang gelaran 'emak' buat kali keempat kepada anakanda yang bernama Muhammad Ikmal Ibtisam  kita dah tak kenal erti cukup tidur.  No..no no no.. I did not mengeluh, i'm just sharing my beautycrazy moment heheheheh.

Selalunya paling awal dia akan tido jam 00:00 malam.  Itu kalau nasib baik.  Kalau nasib tak baik macam malam semalam jam 2:00 pagi baru dia nak tertonggeng.

Sambil menunggu dia tido tu, kita baring2, kekadang baca buku, kekadang baca apa2 update kat fb, kekadang main games.  Kekadang tido2 ayam.  Tapi ayam tido pun lagi nyenyak.

Cam malam tadi jam dah menunjukkan angka 00:30 bleh plak dia berdialog "mak, ib belum makan lagi tau".  Oh ye kita kerja malam semalam, bertugas pada majlis Jamuan Pra-Konvo.  Sampai rumah, kita tanya budak2 dah dinner ke, suami kita jawab udah.  Makan nasi n satey.  Maknanya dah makan lah kan.

Tapi Ibtisam memang pesen gitu, kalau dia lambat tido je... tetengah malam dia dah lapor balik.  Patutnya time tu memang dah tido kan.  Bila tak tido tu yang lapor semula. Tapi badan dia tetap gak kurus tak gedebab plak madang makan malam2 buta.

Kita tak sampai hati pulak tengok dia yang lapo tu.  Kekadang kita marah, sebenarnya bukan niat nak marah, tapi bila kita dah ngantok emosi tu tak berapa stabil.

"mak nak nasik ngan ayam goreng"
"mak nak nasik ngan udang goreng"
"mak nak maggie"
"mak nak makan nasik goreng"

Kemahuan budak berumur 3 tahun ni kekadang menguji sifat sabar. Kekadang jadi tak sabar gak.  Bertukar menjadi makhluk hijau lagi ganas mengganaskan.  Bila dia tengok kita naik angin, bleh plak dia bertoleransi.

"mak nak nasik"..........."nasik takde!"
"mak nak ayam goreng"  ............ "ayam pun takde"
"mak nak udang goreng"....  "mana ada udang ibbbbbb"
"habis? apa yang ada?" .......... "biskut atau roti aje"
"yelaaaa biskut ajelah".  

sedeh tak?? anak mintak nasi mak bagi biskut. hahahahhaha. Itu dah okey, ada satu malam tu dalam keadaan ngantok kita bleh bagi dia makan nasik tabur ngan garam.  Padehal boleh je kita gorengkan telur mata atau telur cincang renjis kicap.  Tapi disebabkan terlalu ngantok, sampai jalan pun langgar dinding, fikiran dah jadi tak waras.... Ish..ish..ish.. bahaya nih!

Tapi malam tadi kita rebuskan dia sosej n buatkan mee suah.  Sosej dia makan habis, n mee tu dia makan separuh je.  Bukan stakat tu je, siap makan buah pear lagi pulak, siap suruh kupas kulitnya.  Memang macam makan malam betul2, padehal embun jantan dah start turun.  Lepas habis tu, mintak pulak susu.  Time mintak susu tu dah menunjukkan jam 2:00 pagi.  Kita terus cakap ngan Ib "ib, ni last eh, mak dah tak nak layan apa2 permintaan, sila tidor, besok mak nak keje" comel plak bila dia jawab "okeylahhhhh".

Apa dia buat bila tido lambat?? kekadang dia tengok tv, kekadang dia main basikal.  Walau pun kita dah matikan tv, n matikan lampu segala semua, dgn bertemankan kecerahan dari lampu jalan je, dia still lagi boleh main.   Dalam biji mata dia ada sportlight tah gaknye.

Last 2 month, dalam kegelapan habis dia buat mural dalam bilik guna lipstick.  Bila kita bangun pagi habis ngan pipi dan hidung2 kita ada lipstick.  Lipstick yang long lasting plak tu.  Awak tak menyirap ke bila pegi keje orang tengok pipi ngan hidung merah2 bekas lipstick... Saboooo je mak dia.

2 minggu  lepas habis separuh botol Argan Oil kita.  Kita terjaga jam 2:00 pagi nak ke bilik air, rasa licin plak lantai ni, laaaa argan oil. Rasa nak golek-golekkan badan  je atas lantai. Biar minyak tu tak terbazir.

Dan hari ini kita bangun ngan kepala yang sedikit bengal.  Tido jam 2:00 pagi bangun jam 5:00 pagi.  Untung kalau dapat tido 4 jam satu malam.  Mengikut kajian, orang dewasa yg tidak mendapat tidur yang cukup 6 jam sehari mudah ditimpa penyakit yang berkaitan.  Tapi kuasa Allah, dia tahu emak2 cam kita ni banyakkkkk pengorbanannya... w/pun tido 3 jam je semalam, dia tetap memberi nikmat sihat kepada kita.  Syukur Alhamdulillah. 

Nasib baik mata kita tak macam mata panda ni.



No comments:

Post a Comment