Friday 17 May 2013

Doakan saya..

Malam ini jam 22:30 seramai 60 orang peserta HAKQ (Kinabalu Quest) akan bertolak menuju ke Rembau, Negeri Sembilan untuk menawan Gunung Datuk pada 18 Mei 2013.

Semoga perjalanan pergi dan pulang kami akan dilindungi Allah Subhanahu Wataala.

Semoga dipermudahkan laluan kami.

Semoga diberi stamina yang luar biasa baik kepada kami semua.

Semoga kecederaan sifar.

dan semoga pacat sifar buat diri ini.  (yang lelain tu tak kesah ngan pacat)

Aminnn Ya Rabbil Alamin.

Tuesday 14 May 2013

Sihat-sihat hendaknya...

Bahana minum Bandung Ice 2 hari lepas, start semalam dah rasa nak demam, sakit tekak n cam nak selsema, bersin2.

Malam tadi dah telan panadol 650 sebiji, ubat selsema sebiji.  Ish.. cepatlah sihat, Jumaat ni dah nak bertolak ke Gunung Datuk.  Kalau tak sihat cemana mau hiking.

Betul orang2 dulu kala cakap, kalau terlebih minum ais nanti badan lemah lesu.  Yes I am.

Ni bukan setakat lesu sebab tak sehat, bertambah lesu bila dapat result exam math anak sulung kita.  Adoii aii cam nak pitam rasanya.  Dahle masa dorang berdua nak exam kita yang macam cacing kepanasan.  Ni dah dapat result laggggiiii rasa macam cacing dah kene lenyek.

Petang ni ada training, harap2 kita bertenaga untuk training petang ni.

Next week 20hb nak kena amek darah untuk ujian tahap kesihatan.  Pastu 27hb plak ada ujian stress. Heheheheh...semoga keputusan ujian kedua2 test tu sangat2 memberansangkan.

Wahhh next month kita ada exam perkhidmatan untuk KPSL.  Satu apa pun tarak baca lagik....

Ehhh.. tak moh pk.. nanti stress... heheheheheh..

Aisehhh barang2 hiking ada yang tak beli lagik.  Hem.. ini kalilahh (heheheheh) kita nak beli 2 tongkat!, sepasang sarung tangan (ehhh cam ngada je) dan sebilah pisau rambo.  Kita tak tau napa masa kita panjat Gunung Panti kita tak terpk nak bawak pisau.  Maybe sebab itu pertama kali kot.

Tapi penting juga senjata ni untuk waktu2 kecemasan.  Ehhh mintak simpang.  Apa pun ianya hanya untuk persediaan.

Gunung Datuk!! Nantikan kehadirankuuuu!! Be nice to me okehh!!  All the pacat.. pleasee buat2 tak perasan kehadiranku okey!

Puncak Gunung Datuk.  Gambar adalah ihsan En. Google

Sunday 12 May 2013

Fun Zone KFC Carnival 2013

Kadang2 bila tiba hujung kita rasa nak bermalas2 aje kat rumah.  Tu rasa mak2 dan bapak2.  Adakah anak2 pun rasa begitu juga??

Sebabkan rasa kesian ngan anak2, maka kita telah bermurah hati membelanja mereka ke Fun Zone KFC Carnival 2013 pada 12 Mei lepas.  Program ni berlansung kat KSL City Mall.

Memula En. AbangSayang bising sebab membeli tiket tu, alarrr bukan mahal mana pun.  Cuma RM12 seorang x 4 orang = RM48.  Tak habis RM50 pun. Pada kita kegembiraan anak2 tiada nilainya.  Memacam dugaanlah nak menjelang 12hb tu, si bapak ugut nak jual tiket lah kalau tak nak ulangkaji. 

Kita ni tak pernah shopping kat KSL tu.  Sebabnya jauh dari rumah, kawasan jem hatta dalam shopping complex tu je pun sesak. 

Fun Zone KFC Carnival 2013 ni merupakan acara tahunan KFC.  Program ni diadakan di peringkat negeri, so negeri2 lain pun akan adakan program yang sama cuma tarikh je berlainan.

Kita orang keluar dari rumah jam 10:00 pagi, then sampai kat sana lebih kurang 10:40 pagi.  En. AbangSayang tukang hantar je sebab dia ada kerja di Singapore.  So tinggallah kita seorang nak handle 4 orang superkids.  Sebelum turun dari kereta kita dah bagi briefing pada 4 orang superkids.

"Follow mak saja"
"jangan ngengada nak pegi tempat2 lain, mak tak biasa ngan KSL, so kalau korang sesat, mak takkan cari" hehhehehe

Nasihat kita ni sangat2 ditujukan pada Danial, sebab dia ni suka buat kepala sendiri.  Nak2 kalau permintaan dia tak kita penuhi, mulalah nak buat muka cam mintak penampo, nanti kang jalan menonong buat hal sendiri. Lari2kan diri dari group kita orang.  Geram ngan perangai dia.  Ehhh dah melalut plak.

Dekat 30 minit jugak melilau dalam KSL tu nak cari tempat berlansungnye majlis.  Dalam tiket tulis L2, KSL Citi Mall.  dah berapa kali tawaf kat L2, tak jumpa gak.  At last turun ke KFC kat Ground Floor tanya ngan staf dorang, rupenye2 kat L1.  Hishhh korang ni tak telus laaaa.

Nasib lah bila mendaftar tu majlis baru nak mula.  Macam2 lah yang dapat kat situ.  Dengan harga RM12 seorang sangat2 berbaloi.  Kanak2 dapat KFC Chicky Meal, Tupperware, Biskut2, Air, Buku Nota, Key Chain, Key Holder, Kek, Pemegang Periuk, Topi n macam2 lagi lah.

Ada berbagai persembahan antaranya KFC Talented, games untuk kanak2, games untuk ibu bapa, cabutan bertuah,  itu belum lagi termasuk stall2 games yang disediakan untuk anak2 main.  Pendek kata dari jam 11:00 pagi hingga membawak ke jam 3:15 petang, memang masa tu terisi.  Budak2 tak sermpat nak kata boring. Oh ye, grand prize dia adalah basikal lexi (entah tak tau ejaan dia), BB, dan ada cam motor budak2 tu.  Ada banyak cabutan bertuah yang lelain tu macam voucher makan2 kfc n duit cash.

Budak2 memang seronok, mak dia je just duduk kat bangku n pesan ngan dorang, jangan keluar dari ruangan expo yang disediakan.  Dorang pun berlegar2 dalam tu, nanti dah penat cari mak dia, pastu main lagi.  Dorang dah tak perlukan maknye.. perlu time nak soh anto gi toilet je.  

Si ibtisam ni penakut, nak suruh bergambo ngan maskot punyelah payah.  Orang lain bukan main punye kejar.. dia ni kat mana ada maskot, kat situ ada dia, tapi bukan nak dekat duduk jejauh sket.  

Overall budak2 seronok... inshaa Allah kalau program ni ada lagi tahun depan, kita takkan ketinggalan untuk menyertai.

Persempahan K-Pop dari management KFC.  Antara lagunya Chamak Challo.

Zahra sukeee dapat doorgift

Ibtisam petang ni potong rambut ye, dah macam kobis.  Acara pembukaan oleh Ibtisam ngan kokah ayam dan air milo

Selagi ada plastik bungkusan sumer nak di tengok apa isinya.  sama je sumerrr

Stall game monkey apa tah.  Ralit dorang main

Antara stall2 game yang ada.  Maleh nak tepek banyak2, ni jela ye..

Terserempak ngan maskot ni masa baru je selesai urusan nganto ib n zara gi toilet

Zara nak buat duckface yang tak jadi

Tu dia sumer dah keluar, tah apa ke nama maskot yang lelain, tak pulak kita kenal.  Dorang ramai2 joget chicken dance dan bergangnam

selagi ada maskot sumer nak dia ajak bergambo.  Kristal n Zahra.

U r so wonderfulllllllzzzz



Kita sayang mak kita, bukan hari ini je kita sayang, malah hari2 lain pun kita sayang.  Hari2 kita jumpa mak kita, kecuali kalau mak kita keluar daerah tak berjumpalah kita.  

Mak tima kasih ye lahirkan kami adik beradik.  Walaupun lidah kita ni selalu je tajam, tapi pecayalah kita takde niat nak sakitkan hati mak. I love u beri the much mak.  Kita tau kita anak yang nakal, yang degil, melawan sometimes, tapi percayalah mak, kita akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mak. 

Kadang-kadang kita cuba untuk jadi serajin macam mak, tapi kita selalu tewas.  Kadang-kadang kita cuba jadi orang yang teliti seteliti mak, tapi selalu gagal.  Kita selalu nak jadi orang pembersih bangat macam mak, tapi sekejap je nanti kita dah jadi diri kita balik.  

Mak selalu ada bila kita perlukan teman, mak selalu bagi nasihat walaupun kekadang nasihat mak tu kita macam ambil endah tak endah je, mak  kekadang bising tapi kita tau mak bukan niat nak bising, tapi mak lebih nak hilangkan rasa tension.  Ye lah mak kan Pegawai Rumah Tangga Doploh Patjam.  Mestilah mak rasa bosan kan.

Kita suka hiburkan mak, kita suka buat mak tersenyum.  Bila tengok mak happy kita pun rasa happy.  Mak kita mintak maaf ye sebab anak2 kita nakal, suka buat kecoh n kacau kat rumah mak.  Tapi kalau kita tak pegi rumah mak, rumah sapa lagi kita nak pegi?  Pfffttt!  Kita dah takde MIL lagi, so mana lagi kita anak beranak nak pegi kan.

Mak tima kasih sebab layan suami kita ngan baik.  Walaupun kekadang menantu mak ada bikin hati kita panassss, tapi mak tetap layan menantu mak ngan baik sekali.  Mak memang best.  Kekadang ada ketika kita terasa siapa anak mak yang sebenonye??? Kita ke suami kita?? 

Arrghhh tak tau nak cakap apa lagi lah.  Mak adalah mak yang paling best in the world.  Kalau MIL kita ada dia pun the best mum jugak in the world.  

I lap u mak... i lap u ketat2.  Mak jangan muntah eh tengok muka kita anak beranak hari2 ada je kat rumah mak.  Mak tak sempat rindu ngan kita orang, kita orang mesti dah sampai rumah mak. Heheheh.

Semoga Allah memanjangkan usia mak dan mengurniakan mak dengan sebaik2 kurniaan di dunia mahupun di akhirat.  Aminnnnn!
Haa yang star berdiri tu mak kita.  Ehhh sungguh kurang sopan ye, kita duduk pahtu mak kita berdiri.  Opss ekceli yang depan duduk bertiga memang tengah bersiap nak posing, secara tiba2 yang belakang2 tu entah dari mana2 terus masuk posing. Heheheheheh.  Muka kita sama tak ngan mak kita?? Ramai yang kata muka kita sama ngan mak kita.  Tapi kita lebih gomokss lah dari mak kita tu...  Yang lelain tu sumer adik debadik, anak, n anak sedara.

Wednesday 8 May 2013

Hiking Training

Okeh.. tak larat nak tulis pape... Ni adalah gambo masa Hiking Training Yang Ke-5.  Lokasi adalah dari P19, FKE ke Balai Cerap UTM

Mendung dan hujan renyai bukan kekangan untuk terus berlatih

Kecondongan bukit balai cerap ini maybe 70 darjah menggunakan laluan tradisional.  Mencabar sebab laluan berumput dan tiada dahan untuk berpaut.  Nasiblah kita bawak payung.

Kaki mara melangkah tanpa berani ku pandang ke hadapan.

Laluan becak kerana hujan

Laluan dari FKE

Monday 6 May 2013

3 - 4 jam je sehari

Sejak kita menyandang gelaran 'emak' buat kali keempat kepada anakanda yang bernama Muhammad Ikmal Ibtisam  kita dah tak kenal erti cukup tidur.  No..no no no.. I did not mengeluh, i'm just sharing my beautycrazy moment heheheheh.

Selalunya paling awal dia akan tido jam 00:00 malam.  Itu kalau nasib baik.  Kalau nasib tak baik macam malam semalam jam 2:00 pagi baru dia nak tertonggeng.

Sambil menunggu dia tido tu, kita baring2, kekadang baca buku, kekadang baca apa2 update kat fb, kekadang main games.  Kekadang tido2 ayam.  Tapi ayam tido pun lagi nyenyak.

Cam malam tadi jam dah menunjukkan angka 00:30 bleh plak dia berdialog "mak, ib belum makan lagi tau".  Oh ye kita kerja malam semalam, bertugas pada majlis Jamuan Pra-Konvo.  Sampai rumah, kita tanya budak2 dah dinner ke, suami kita jawab udah.  Makan nasi n satey.  Maknanya dah makan lah kan.

Tapi Ibtisam memang pesen gitu, kalau dia lambat tido je... tetengah malam dia dah lapor balik.  Patutnya time tu memang dah tido kan.  Bila tak tido tu yang lapor semula. Tapi badan dia tetap gak kurus tak gedebab plak madang makan malam2 buta.

Kita tak sampai hati pulak tengok dia yang lapo tu.  Kekadang kita marah, sebenarnya bukan niat nak marah, tapi bila kita dah ngantok emosi tu tak berapa stabil.

"mak nak nasik ngan ayam goreng"
"mak nak nasik ngan udang goreng"
"mak nak maggie"
"mak nak makan nasik goreng"

Kemahuan budak berumur 3 tahun ni kekadang menguji sifat sabar. Kekadang jadi tak sabar gak.  Bertukar menjadi makhluk hijau lagi ganas mengganaskan.  Bila dia tengok kita naik angin, bleh plak dia bertoleransi.

"mak nak nasik"..........."nasik takde!"
"mak nak ayam goreng"  ............ "ayam pun takde"
"mak nak udang goreng"....  "mana ada udang ibbbbbb"
"habis? apa yang ada?" .......... "biskut atau roti aje"
"yelaaaa biskut ajelah".  

sedeh tak?? anak mintak nasi mak bagi biskut. hahahahhaha. Itu dah okey, ada satu malam tu dalam keadaan ngantok kita bleh bagi dia makan nasik tabur ngan garam.  Padehal boleh je kita gorengkan telur mata atau telur cincang renjis kicap.  Tapi disebabkan terlalu ngantok, sampai jalan pun langgar dinding, fikiran dah jadi tak waras.... Ish..ish..ish.. bahaya nih!

Tapi malam tadi kita rebuskan dia sosej n buatkan mee suah.  Sosej dia makan habis, n mee tu dia makan separuh je.  Bukan stakat tu je, siap makan buah pear lagi pulak, siap suruh kupas kulitnya.  Memang macam makan malam betul2, padehal embun jantan dah start turun.  Lepas habis tu, mintak pulak susu.  Time mintak susu tu dah menunjukkan jam 2:00 pagi.  Kita terus cakap ngan Ib "ib, ni last eh, mak dah tak nak layan apa2 permintaan, sila tidor, besok mak nak keje" comel plak bila dia jawab "okeylahhhhh".

Apa dia buat bila tido lambat?? kekadang dia tengok tv, kekadang dia main basikal.  Walau pun kita dah matikan tv, n matikan lampu segala semua, dgn bertemankan kecerahan dari lampu jalan je, dia still lagi boleh main.   Dalam biji mata dia ada sportlight tah gaknye.

Last 2 month, dalam kegelapan habis dia buat mural dalam bilik guna lipstick.  Bila kita bangun pagi habis ngan pipi dan hidung2 kita ada lipstick.  Lipstick yang long lasting plak tu.  Awak tak menyirap ke bila pegi keje orang tengok pipi ngan hidung merah2 bekas lipstick... Saboooo je mak dia.

2 minggu  lepas habis separuh botol Argan Oil kita.  Kita terjaga jam 2:00 pagi nak ke bilik air, rasa licin plak lantai ni, laaaa argan oil. Rasa nak golek-golekkan badan  je atas lantai. Biar minyak tu tak terbazir.

Dan hari ini kita bangun ngan kepala yang sedikit bengal.  Tido jam 2:00 pagi bangun jam 5:00 pagi.  Untung kalau dapat tido 4 jam satu malam.  Mengikut kajian, orang dewasa yg tidak mendapat tidur yang cukup 6 jam sehari mudah ditimpa penyakit yang berkaitan.  Tapi kuasa Allah, dia tahu emak2 cam kita ni banyakkkkk pengorbanannya... w/pun tido 3 jam je semalam, dia tetap memberi nikmat sihat kepada kita.  Syukur Alhamdulillah. 

Nasib baik mata kita tak macam mata panda ni.



Majlis dan Pesta Konvokesyen Ke-50 UTM

Hellow.. helloooww... kita bz ngan konvokesyen ni.  Ehhhh bukan kita yang konvo, kita ni petugas konvo.

Okeh..  Jemputlah datang beramai2 ye ke Pesta Konvokesyen Ke-50 UTM bermula 8 - 12 Mei 2013 di Padang Kawad, UTM Cawangan Johor Bahru. 

Sila2lah menghibahkan sedikit pendapatan kepada penggerai2 yang ada kat sini.

Bye...

Sunday 5 May 2013

Hari ini hari penentuan...

Hak mengundi hak anda.  Walau apa pun pilihan anda, jangan sampai berbalah n menabur fitnah.

JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK

Hidup Malaysia!!!

Saturday 4 May 2013

Terima kasih Coq10. Sangat2 membantu saya.

Saya pernah mention sebelum ni, saya cepat penat, kalau buat aktiviti lasak tu jantung akan berdegup laju macam nak pecah.  Saya suka aktiviti lasak.. dan ini menjadi kekangan yang sangat besar bagi saya.

Tapi skang ni tidak lagi.  Saya dah jumpa penyelesaiannya.  Saya follow blog Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dan facebook beliau.  Banyak info berguna dalam blog dia tu.

Alhamdulillah sejak mengamalkan Coq10 ni selama seminggu, bila kita lari turun naik tangga dah takde rasa macam nak pecah jantung ni.  Mende ni bukan ubat tapi lebih kepada supplement.  Bagus juga untuk orang yang ada diabetes, highblood pressure, masalah kolestrol dan pesakit jantung.

Kalau nak lebih lanjut lagi manfaatnya boleh rujuk di sini yeee

Thursday 2 May 2013

Ujian Fizikal 1: Gunung Panti

Haaa ni dia berita pasal pendakian Gunung Panti.  Kalau tak silap kita paper ni keluar pada 26 April 2013.  Kalau mata tu tajam, cer lah cari kita yang mana satu. heheheheheh.  Ni sebahagian peserta je, ada lagi separuh yang tak sampai lagi.

20 April 2013.  Ujian Fizikal Part One.

Seperti yang sedia maklum ini adalah sebahagian dari ujian untuk melayakkan kita merebut tiket untuk mendaki ke puncak Kinabalu yang dijadualkan pada 1 - 4 Oktober 2013.  Setiap peserta yang hadir pada latihan mingguan akan mendapat 2 point.  Siapa yang berjaya mendaki sampai ke kemuncak akan menerima 4 point.  So ujian ini dilakukan untuk mengumpulkan point2 yang ada.

Kita biasa dengan jungle tracking, night tracking, tapi hiking ni.. ini merupakan pengalaman pertama.

Kita bangun seawal jam 5 pagi.  Siap2kan sarapan n lauk pauk untuk  makan tengahari anak2 n En. Suami yang bakal ditinggalkan di rumah, sementara si isteri pergi menyahut seruan alam rimba.  Heheheh.

Tepat jam 6:40 pagi kita pun bertolak dari rumah.  Kita mintak tolong suami kita hantar kita ke Laman Menanti.  Sharp2 jam 7:00 pagi kita pun sampai.  Bas dijangka akan bertolak pada jam 7:00 pagi.  Tapi bas non hada lagik.  Bersalama2an ngan kawan2 dulu, bersembang2 sket.  Tengok dorang punye persiapan.  Fuiii mak ai.. ngan backpack yang siap ada air lagik.  Ngan tongkat kemain lagik.  Kita?? hehehehe hanya beg notebook pinjam sedara kembar punye, tapi notebooknye tak ada, kita dah ganti ngan sepersalinan pakaian dan 2 botol air yang setiap satunya berisipadu 1500ml.

Bas bergerak tepat jam 7:30 pagi.  Gunung Pantiiiii!!!! Aku datang!!!! heheheheheh.  Jiwa raga tak sabau2 rasa nak meneroka ke alam semula jadi.  Padehal awak tu tak tau apa yang bakal awak tempuhi sat lagi. 

Bas selamat tiba di Kota Tinggi dan   ketua kami En. Hamid melaporkan group kami  kat  Balai Polis Batu Ampat.  Papehal kene report dulu. Kang buat ada kejadian tak diingini blehlah anggota penyelamat datang cari we olz.  Kendian, isi minyak dulu.  Disebabkan akan kehilangan kalori yang agak banyak sebentar saja lagi, maka saya telah membedal nasik lemak bungkus beserta telur dadar yang telah diracik2kan.  Hemmm jari telunjuk saya lagi lebar rasanya.

Gitu gini begitu begini jam 10:00 pagi kami start pendakian.  Seramai 60 orang peserta kesemuanya.  Masa memula sampai di kaki gunung, group kami disambut oleh seekor anjing hitam.  Mulanya kita ingat dia nak buat serangan hendap ke hapa. Tapi jangkaan kita meleset.  Anjing tu bukan main ceria lagi berjalan di baris hadapan.  Seolah2 dia memanggil2 dan berkata "woiii lajulah skett! ikut sini... ikut sini".

Satu jam pertama kami masih lagi berjalan dalam kumpulan.  Mengharung anak sungai yang sejuk sangat mendamaikan.  Kami dijadualkan akan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai di kemuncak Gunung Panti.  Jam kat tangan saya menunjukkan jam 11:30 pagi.  Masa ni group dah mula berpecah.  Yang begitu bersemangat waja telah mendaki jauhhhh di hadapan.  Manakala yang  cuba menggigihkan semangat untuk terus mendaki jauhhhh di belakang.

Di manakah saya?? Saya berada di tengah2.  Adakalanya saya bersendirian.  Adakalanya saya terserempak dengan orang2 yang mendahului saya.  Mendaki bersama group yang kecil. Lama ke lamaan saya kembali berseorangan.  Ada ketika saya duduk sebentar di celah akar pokok, ada ketika duduk di atas dahan2 yang tumbang.  Ada ketika saya duduk dalam semak2.  Hehehehe menghilangkan lelah buat seketika.  Dalam fikiran saya tak terpk langsung binatang2 buas yang ada di dalam hutan.  Hanya satu yang ada dalam pikiran saya.  Puncak Gunung Panti.

Disebabkan ini merupakan pendakian saya yang pertama.  Saya hampir give up.  Sambil mendaki berseorangan saya terpk untuk memberi kata putus, "this is my first and the last time.  I'll never do it again" Rasa kecewa ngan dengan diri sendiri.  Begitu mudah untuk mengalah.  Energy bagaikan tiada.  Saya koyakkan Snickers.  Makan sedikit, dan saya masukkan semula dalam beg. Mengharapkan tenaga kembali bersisa. Saya teguk botol air suam yang telah saya campurkan dengan hirisan lemon.  Fuhhh sangat lega membasahi tekak.  Kalau diikutkan hati mahu saya habiskan sebotol air tu.  Tapi bila dipikirkan dimanakah tempat hendak ku halakan sisa buangan ku ini nanti?  Mana ada tandas di tengah hutan belantara.

Bila degupan jantung sudah kembali normal, saya bangkit meneruskan langkah kaki menyelusuri denai2 yang ditinggalkan oleh teman2.  Sambil mendaki saya tidak berani untuk memandang ke atas.  Saya hanya memandang di tempat mana yang kaki saya akan berpijak.  Tidak sanggup hendak memandang ke depan.  Lagi jauh pandangan saya ke hadapan, lagi jauh saya rasa untuk menggapai impian.  Saya rasa semakin tinggi pandangan saya ke atas, seakan2 rimba raya mengejek2 kemampuan saya.  Satu masa saya terasa biarlah saya berhenti di tengah2 jalan ini, dan saya akan ikut turun bila mereka terserempak dengan saya.  Sambil duduk di celah2 daun2 yang terkumpul dengan banyaknya, saya reda andai ada pacat2 nakal yang berkehendak sangat dengan darah saya.  Tapi pelik, tak seekor pacat pun yang saya nampak.

Badan tak larat, tapi fikiran kata BANGUNNNN!! BANGUNNNN!! Stamina saya memang benar2 teruji.  Saya melangkah lagi, sehingga satu ketika saya seolah2 macam hilang jejak yang ditinggalkan oleh rakan2.  Saya berpatah balik semula, nasib saya baik kerana terserempak dengan En. Hamid yang memang sangat prihatin ngan peserta2 yang kurang bertenaga.  Saya beriringan dengan En. Hamid.  Saya rasa lebih 3 kali saya tanya dengan beliau... "jauh lagi ke En. Hamid??"  Jawapan yang diberikan adalah "lagi jauh kalau hendak berpatah balik" hehehehheheh kata2 beliau memberi semangat pada saya.

En. Hamid mendahuli saya, sekali lagi saya tinggal seorang.  Saya pandang ke atas,  gunung yang di daki semakin meninggi.  Saya tak berani hendak memandang ke depan lagi, kerana saya tau kalau saya terus memandang ke depan semangat saya akan terus hilang.  Saya kembali memandang ke bumi dimana kaki saya akan berpijak.  Terus dan terus lagi.  Akhirnya saya tiba di susunan batu untuk ke kemuncak panti.

Seperti yang dimaklumkan oleh En. Hamid, tembok batu yang akan didaki mempunyai kecondongan 90darjah.  Bererti tegak berdiri.  Dengan menggalas beg yang hanya berisi sepersalinan baju dan tinggal satu botol air yang berisipadu 1500ml saya rasakan ianya seakan2 beban yang sangat2 berat.  Silap2 kalau duduk saya boleh terbalik ke belakang.  Heheheheh.

Fikiran saya tertanya2 bolehkah aku panjat batu yang setegak ini?? Saya pernah buat flying fox dan repailing sebelum ni.  Tapi flying fox dan repailing dengan safety belt dan helmet.  Skang ni no helmet, no safety belt.  Yang ada hanya akar2 pokok dan juntai2an tali yang tersedia di pasang.  Bererti kalau jatuh ke bawah memang akan terus masuk ke gaung. 

Dalam pada hati dan fikiran berperang sesama sendiri, kaki saya melangkah memanjat tembok2 batu yang tersergam indah dengan sedikit arahan2 yang diberi oleh urusetia.

Alhamdulillah!  Akhirnya saya sampai juga di kemuncak.  Maha Suci Allah, indah sungguh pemandangan di puncak.  Hilang segala penat lelah, hilang segala perasaan untuk menarik diri.  Syukur.. dalam tempoh 2 jam 30 minit saya berjaya sampai ke puncak.  Cepat 30 minit  dari jangkaan masa yang di beritahu oleh ketua kami.

Tak banyak gambar yang sempat saya ambil.  Sebab tak sampai 10 minit saya tiba di puncak, langit dah mendung gelap gelita.  Angin bertiup kencang.  Kami semua segera menyimpan barang2 keperluan dalam beg plastik.  Saya pun cepat2 sarung baju hujan.  Duduklah kami di puncak dalam hujan dan angin yang kuat.  Sejuk memang teramat sejuk.  Saya tak berselera untuk menjamah makanan.  Hanya makan sandwich sardin saja seketul.  Yang lain2 makan nasik berkuahkan air hujan heheheheh.  

Sedang menghilangkan penat dan lelah, tiba-tiba seorang staf beritahu kameraman kami tak leh bergerak, kerana ada ular melengkar di atas bag sandang yang dipakai.  Kelam kabut juga En. Hamid nak menyelamatkan anak buahnya. Tapi En. Hamid banyak pengalaman, beliau berjaya menangani masalah dengan sekelip mata sahaja.

Dalam tempoh sejam juga kami berada di puncak.  Bila hujan reda sedikit, kami mula beransur2 untuk turun.  Sesungguhnya memanjat tembok batu itu lebih mudah. Heheheheheh.  Kami dan semua orang turun dengan sedikit susah payah.  Namun berjaya dengan zero kecederaan.

Hujan lebat mengiringi perjalanan turun ke kaki gunung.  Alam menyaksikan 3 kali saya terduduk dan satu kali saya terlungkup.  Denai menjadi  licin disebabkan hujan yang lebat.  Kami mula turun pada jam 1:40 petang dan berjaya tiba ke kaki gunung dengan selamat pada jam 3:40 petang.  Berkumpul semula dan bergerak ke masjid untuk membersihkan diri.

Alhamdulillah, walaupun penat tapi kepuasan menakluki Gunung Panti menghapuskan segalanya.  Pada saya pendakian Gunung Panti ini bukanlah satu pertandingan siapa yang cepat sampai atau siapa yang lewat sampai.  Setiap yang berjaya ke kemuncak akan tetap mendapat 4 point jika sampai dalam tempoh 3 jam.  Pengalaman ini mengajar kita erti kesabaran, jangan kenal erti putus asa.  Selagi ada daya Usaha!!! Pasti membuahkan hasil.

Ehhhh... awal2 kita bahasakan diri "kita" dan tengah2 jadi 'saya' pulokk... hahahah takpe.. itu tidak lansung mengganggu penceritaan.

Okeh.. layan gambar pulak ye..
Semua peserta diminta mengambil tempat duduk masing2 dan jangan bising

Muka masih lagi cantik masing-masing.

sila longgarkan otot2 kalian ye...

Kami sudah bersedia kapten!
60 orang peserta, 58 berjaya sampai ke puncak

uuiiihhhh ketaq lututtttt
  
Hellow nature.  Sebelum berpecah2.

sudah hampir ke puncak

merasalah jadi tarzan
Sila ambil nombor giliran ye.  Jangan rebut2.

Melepaskan lelah di atas puncak
Subhanallah.  Indahnya. Sebelum hujan.

Idaman Kalbu

Inilah anjing yang follow naik n turun. Tapi dia tidak mengganggu

Tak pernah di buat orang

Korang pernah makan lobster??

Biasa korang mesti makan lobster bakar/rebus/tiga rasa atau lada hitam kan???

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hahahahah pernah makan lobster masak kari?? tak pernah kan?? tak pernah kan?? diulangi sekali lagi.... masak kariii...

Kawan kita balik kampung ke Sabah.  Dia pun upload gambo lobster.  Terus En. Suami meleleh2 air liyur.  Maka kita kirim 2 ekor.  Kita tak tau harga kat sini berapa, tapi kalau kat sana kita beli 2 ekor saiz sedang RM90.

Terus terpk2 nak diapakan lobster ni ye.  Tanya pada orang yang berkehendak sangat tu, dia cakap "masak kari boleh??"  terus dalam hatiku berkata errr... lobster kari???? biar betikkkk bang oiiii...

Okeh tak mau jadi isteri yang ingkar arahan... maka jadilah lobster kari.. hahahhaha.  Rasa not bad, kita tak makan sangat, cuit2 je.  Sebab kita bukan penggemar seafood. Sekejap rasa dia cam ketam, sekejap rasa dia cam udang.

Isk... tengok kepala dia tu.. huduhkan??? Itu pinggan makan.  Sila bayangkan berapa besarkan lobster itu.  Masa nak belah belakang mendealah ni, kita rasa cam nak jerit "Abanggggg... orang tak jadi nak masak mendealah ni... orang takutlaaaa" hahahahah.  Tapi dalam pada takut sempat pulak kita kejar si Zahra ngan Ibtisam ngan mendealah ni.  Ibtisam machoo lah sket, walau takut tapi dia cover sket muka.  Si Zahra jangan cerita, dia punye lari siap menjerit. hahahahhaah.  Nakal kan mak dia ni.

Taraaaaaaaaa Lobster kari.  Ada lagi seketul tak berusik.  Dah kita humban masuk peti ais.  Sapa nak sila bawak bekas. Heheheheheheheh.


Wednesday 1 May 2013

Selamat Hari Buruh Olz!

Bagi pekerja2 buruh cam kita ni, weekend adalah hari yang dinanti2.  Ohhh sangat heaven.  Bila start kerja je hari Isnin, selak diari dulu, tengok apa cuti percuma yang didapati bulan ini.  Hahahahah every monday harus cenggitu. Walhal dah tau bulan tu non hada cuti, tapi hendakkk sangat selak. Heiii my job description okey... pffttt!

Hari ini ada cuti percuma kan? 1 Mei Hari istimewa untuk buruh2 kasar cam kita ni.  Heaven sangat....

Pagi2 buta dah kejut anak2 suruh bersiap siaga apa yang perlu. Well mana lagi kalau tak berendam kat Kolam MPJBT.  Acara ni sebenarnya lebih kurang  acara mingguan.  Ianya amat bersesuaian ngan kami2 ni yang kampung hanyalah sejengkal je dari mata.  Lagi pun dah 2 minggu tak berendam.  Ibtisam pun dah naik meroyan je, kat rumah pun bantai pakai baju mandi.  Mana taknye, si ibu mithali bz panjant gunung.  Mahaplah ye anak2. 

So acara pagi dimulakan dengan bfast terlebih dahulu.  Kita kalau nak berendam memang tak amek bfast berat, cuma secawan oat sahaja.  Tapi En. Suami n Danial bedal nasik lemak dulu.

Sampai kat kolam MPJBT tu awal sangat2nya.  Orang baru nak bukak pintu kami2 dah tersengih sumbing masing2 ngan swim attire.  Me?? opcozlah kat luar kita pakai t-shirt ngan track, kang dah kat dalam baru le kita tanggal je baju luar.  Belah dalam dah sesiap sarung baju renang.  Nooo.... kita tak pakai yang seksi tu.. kita pakai yang muslimah punye.

We olz berendam menyental daki tak lama dalam jam 11.15 langit sudah bertukar gulap gulita.. Wuuiii berlari2 anak pegi mandi n tukar baju.  Skang ni kat Johor pesen hujan tengahari/petang.  Kaw2 siap petir guruh bagai.  Alhamdulillah sejuk skettt.

Okeh layan gambo plak ye..

Ini gambo mandi bulan lepas.  Skang ni dah tak terawa nak amek gambo.  Dah selalu beno kan.  Inilah si Ibtisam yang pantangggg kalau seminggu tak jumpa air.  Dia punye meroyan sampai kita rasa Pegi Berendam Dalam Baldi sana!!   Kolam MPJBT ada 4 kolam.  2 kolam kanak2, satu kolam wanita dan satu kolam lelaki dan juga 2 playground untuk budak2.  Sekali masuk mandi atau tak mandi adalah RM3 perhead.